• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Syor Mekanisma Lindungi Anggota Penyelamat

oleh
30/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cuepacs mencadangkan kerajaan mewujudkan mekanisma baharu berbentuk undang-undang untuk menjamin keselamatan anggota agensi penguatkuasa dan penyelamat ketika bertugas.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sahaja tidak mencukupi dan mekanisma tersebut perlu menitikberatkan kaedah untuk mengawal keselamatan anggota penguatkuasa seperti polis dan bomba semasa menjalankan tugas.

Syor itu dicadangkan berikutan kejadian yang menimpa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah akibat dipukul sekumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights dekat Subang Jaya baru-baru ini, katanya.

“Mekanisma ini ertinya ada ciri-ciri yang perlu dibentengi undang-undang ketika bertugas misalnya sesiapa yang sentuh atau mencaci penjawat awam khususnya anggota keselamatan, mereka boleh disabitkan.

“Kita tak nak anggota keselamatan dijadikan tempat melempias rasa tidak puas hati mereka (perusuh)…mekanisma ini perlu ada untuk mempertahankan anggota dan sebagai satu langkah preventive supaya tidak berlaku lagi insiden sama,” katanya dalam sidang media selepas menziarahi Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Dalam kejadian awal pagi Selasa (27 Nov) lepas, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Dalam pada itu, Azih turut mencadangkan anggota penguatkuasa dan penyelamat diberikan insuran pelindungan yang menyeluruh tanpa sekatan. – BERNAMA

Tags: Azih Muda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fokus Dalam Kelas, Latihan Berterusan Rahsia Damia

Next Post

Muhammad Adib Tunjuk Tanda-Tanda Sedar – IJN

Related Posts

Adnan Mat Ganti Azih Terajui CUEPACS

19/12/2019
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan, Adnan Mat memenangi pemilihan Presiden CUEPACS selepas menewaskan empat...

Skim Pencen Tidak Boleh Dimansuhkan – Cuepacs

09/09/2019
0

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendesak supaya kerajaan tidak memansuhkan skim pencen yang menjadi keistimewaan...

Next Post

Muhammad Adib Tunjuk Tanda-Tanda Sedar - IJN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd