• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cerita Kiswah Kelambu Kaabah Banyak Jasanya

oleh
01/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Ramai pernah melihatnya. Namun tidak ramai tahu perinciannya. Itulah kain kiswah atau kain penutup Kaabah yang dibuat dari sutera dan kapas, disulami ayat-ayat Quran.

Tahukah anda, kain kiswah sebenarnya seluas 658 meter persegi! (Atau satu setengah kali padang bola keranjang). Kainnya pula diperbuat dari sutera dan seberat 670 kilogram.

Ia cukup untuk menutupi struktur setinggi kira-kira 15 meter dan hingga 40 kaki panjang. Kain sutera tersebut diimport dari Itali. Secara terperinci, 47 helai kain digunakan untuk membuat kiswah’

Setiap helai berukuran 14 meter panjang kali 105 sentimeter lebar. Sulamannya pula menggunakan benang-benang emas dan perak yang seberat 150 kilogram. Benang-benang perak dan emas itu diimport dari Jerman.

Namun, kiswah dijahit dan disulam di Arab Saudi dan dibayar sebanyak AS$6 juta (kira-kira RM25 juta) oleh kerajaan negara Asia Barat itu setiap tahun.

Apabila ditanya tetang belanja yang dikeluarkan pada masa ekonomi tidak menentu sekarang, Pengurus Besar, Mohammad bin Abdullah Bajuda berkata: “(Kiswah) ini untuk rumah Allah. Kaabah sememangnya layak.”

Puluhan pekerja di Arab Saudi, yang kebanyakannya dalam usia 40-an dan 50-an, sedang gigih bertukang di sebuah kilang yang terletak di daerah Oum al-Jood, di sini untuk menyiapkan kiswah, lengkap dengan sulaman emas.

Kiswa baharu dibuat setiap tahun untuk hiasi Kaabah semasa musim haji. Ramai pekerja kilang ini sudah bertukang sepanjang hayat dan mereka akan bersara tidak lama lagi, maka generasi baru sedang dilatih untuk meneruskannya.

Mohammad berkata Raja Salman mengarahkan supaya semua mesin, yang diperkenalkan sekitar 30 tahun lalu agar proses penyiapan kiswah itu lebih automatik, bakal digantikan dengan yang baharu menjelang tahun depan.

“Beliau juga menggesa supaya para pengilang baru tampil menggantikan yang sekarang,” kata Mohammad semasa lawatan media asing ke kilang tersebut baru-baru ini.

Kiswah dibuat di Mesir sehingga tahun 1962. Dahulu, terdapat kiswah berwarna merah, hijau atau putih, namun sekarang hanya warna hitam dengan sulaman emas digunakan.

Waleed al-Juhani sudah bertukang di kilang tersebut, yang dibuka pada tahun 1977, selama 17 tahun. Kerja untuk sebuah kiswah sehingga sempurna lazim mengambil masa sehingga lapan bulan disiapkan.

“Alhamdulillah kami bekerja dan berkhidmat untuk Kaabah. Ini satu rahmat yang besar,” kata beliau, sambil menyulam ayat-ayat Quran.

“Apabila kami berjaya menjalankan tugas, kami gembira umat Islam akan meraikan kiswah baru untuk Kaabah. Ia perasaan yang begitu indah.”

Pada akhir musim haji, kiswah yang sudah digunakan digunting dan cebisannya diagihkan kepada orang kenamaan dan pertubuhan-pertubuhan agama. Para penerima menganggap cebisan kiswah itu sebagai harta pusaka.

Kiswah tahun ini sudahpun siap namun para pekerja tidak berhenti di situ dan sudah mula bekerja menyiapkan kiswah seterusnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab Saudikaabahkiswah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hajj App Mudah Jejak Ahli Keluarga Di Tanah Suci

Next Post

Rahsia Lantai Masjidil Haram Sejuk Walau Cuaca Panas

Related Posts

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

Next Post

Rahsia Lantai Masjidil Haram Sejuk Walau Cuaca Panas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd