• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Celcom Bukan Lagi Syarikat Malaysia, Tapi Milik Norway

oleh
07/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik penggabungan syarikat telekomunikasi tempatan, Celcom dengan DiGi dari Norway yang menyaksikan pegagangan tempatan hanya 43.5 peratus.

Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Najib berkata, Axiata milik Khazanah Nasional telah mengumumkan bahawa Celcom akan digabungkan dengan DiGi yang mana selepas gabungan itu syarikat negara Norway Telenor akan memilik dan menguasai syarikat baharu itu dengan kepentingan saham 56.5 peratus manakala Axiata 43.5 peratus.

“Dengan ini, Celcom bukan lagi syarikat telekomunikasi Malaysia dan menjadi syarikat negara Norway.

“Kebiasaannya untuk gabungan syarikat dalam industri yang sama, ramai di Celcom dan DiGi bakal kehilangan pekerjaan mereka. Sebelum PRU-14, syarikat Axiata adalah satu syarikat menguntungkan,” katanya.

Kata Najib, pada tahun 2017, Axiata untung RM909.48 juta iaitu kenaikan 80 peratus berbanding tahun 2016.

Pada tahun 2018 pula katanya, di bawah Pakatan Harapan (PH), Axiata catat kerugian RM5.03 billion iaitu paling besar dalam sejarah mereka.

“Oleh itu, Axiata telah jual banyak aset selepas tahun lepas. Bulan Februari ini, Axiata menjual syarikat telekomunikasi M1 kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion.

“Bulan April, Axiata jual perniagaan digital mereka kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

“Minggu lepas, Axiata jual kepentingan dalam aset digital lain kepada Mitsui dari Jepun. Tetapi peratusan kepentingan dan harga tidak dinyatakan.

“Hari ini, menyerah kuasa mengawal dan kepentingan saham terbesar dalam Celcom kepada syarikat Norway,” kata Najib. – UTUSAN ONLINE

Tags: axiataCELCOMDiGiNajib Tun RazakNorwayTelenor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ratusan Lagi Hilang Kerja Dalam Masa 24 Jam

Next Post

Statut Rom: “Rakyat Perlu Berterima Kasih Kepada TMJ”

Related Posts

Tilintetgjort, Troll Dibarisi Pemuzik Norway Yang Terkenal Dan Berpengalaman

Tilintetgjort, Troll Dibarisi Pemuzik Norway Yang Terkenal Dan Berpengalaman

22/07/2024
0

Oleh ABDUL AZIZ ITAR TILINTETGJORT mungkin perkataan yang sedikit sukar untuk disebut bagi yang bukan berbahasa Norway. Namun, bagi para...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Konflik Ukraine: Norway Sumbang AS$32 Juta Kepada Palang Merah

27/09/2023
0

OSLO: Kerajaan Norway akan menyalurkan dana sebanyak AS$32.35 juta (RM152.2 juta) bagi menyokong kerja-kerja dilakukan oleh Palang Merah Antarabangsa dan...

Next Post

Statut Rom: "Rakyat Perlu Berterima Kasih Kepada TMJ"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd