• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: TMJ Sindir Makan Dalam Kumpulan Baju Merah

oleh AK-47
07/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENGKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menyiarkan sebuah video pendek bagi menyebarkan mesej antikeganasan dan mengkritik kumpulan baju merah yang mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya.

Video parodi yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu, menggambarkan tujuh lelaki bertopeng meniru aksi seni mempertahankan diri oleh pergerakan baju merah dalam protes mereka yang diadakan pada Sabtu.

Salah satu watak dalam video berkenaan memaparkan seorang individu memegang cangkul, yang mana mungkin merujuk kepada insiden bulan lalu melibatkan serangan terhadap kakitangan Syarikat Air Johor Holdings (SAJ).

Dalam klip berkenaan, seorang lelaki memperlihatkan dirinya kebal ketika diserang dengan pelbagai jenis senjata.

Kemudian, TMJ dalam aksi santai berbaju biru pula melepaskan tujuh das tembakan ke arah kumpulan baju merah itu dengan simbolik ‘membunuh’ mereka semua dengan mudahnya walaupun mereka kononnya dilihat kebal.

Beliau kemudian memandang kamera dan mengangkat bahu sebelum video parodi itu tamat.

Ternyata TMJ menyindir kumpulan baju merah yang sebelum ini berkata akan meruntuhkan premis milik Malaysiakini tetapi kemudian sekadar bertindak memperlihatkan aksi silat ala kebal di hadapan bangunan berkenaan.

TMJ Sindir Makan Dalam Kumpulan Baju Merah

Di kapsyen video tersebut, TMJ menjelaskan baginda tidak berpihak kepada sesiapa (merah atau kuning) tetapi menegaskan bahawa keganasan dan kebencian bukanlah cara untuk bergerak ke hadapan.

“Saya tidak berpihak kepada baju merah atau baju kuning. Saya berada bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan. Kerana perpaduan adalah ‘formula’ untuk negara ini bergerak ke hadapan, bukan keganasan dan kebencian.

“Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Baju MerahSultan JohorTMJ
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd