• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Sama Penumpang KLIA Tak ‘Subsidi’ KLIA2

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah untuk menyamakan caj perkhidmatan penumpang (PSC) antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 (klia2) dan KLIA akan memastikan kedudukan yang adil dalam jangka panjang.

Ini juga dapat mengelak gangguan perniagaan antara syarikat penerbangan yang beroperasi di kedua-dua terminal berkenaan yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

Langkah itu, yang diumumkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), dan berkuat kuasa 1 Januari 2018, akan memastikan penumpang di KLIA dan lapangan terbang lain di Malaysia tidak memberi subsidi kepada klia2.

Sudah sepatutnya caj itu sama memandangkan PSC kini masih lagi tinggi di KLIA walaupun kemudahan dan perkhidmatan di klia2 setanding dengan KLIA.

Oleh itu, keputusan yang sudah lama dibuat oleh Mavcom pada Oktober tahun lepas, wajar diterima dan dihormati oleh semua pihak.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan PSC untuk klia2, yang dibuka pada Mei 2014, pada tahap yang sama dengan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) sebelumnya di KLIA, dengan kemudahannya dianggap rendah.

Secara rasionalnya langkah menyamakan itu disebabkan klia2 sudah sebanding dengan KLIA dan merupakan terminal lebih hebat berbanding lapangan terbang lain di Malaysia termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching.

Baca: PSC – Mr. Tony! Ini KLIA2lah, Zaman LCCT Dah Berlalu

Oleh itu, tidak masuk akal bagi klia2 dikenakan PSC yang lebih rendah berbanding lapangan terbang lain.

PSC untuk pelepasan antarabangsa meningkat kepada RM50 bagi klia2 dan RM73 untuk semua lapangan terbang lain.

Mulai Januari tahun depan, PSC antarabangsa di klia2 akan dinaikkan kepada RM73, bersamaan dengan kadar untuk pelepasan antarabangsa di semua lapangan terbang lain di Malaysia.

MAVCOM bagaimanapun sedang berusaha untuk membolehkan PSC di lapangan terbang sekunder lebih rendah daripada KLIA dan klia2, namun usaha itu memerlukan masa, dan dijangka mengambil masa tiga tahun.

Hujahnya sekarang ialah selagi PSC klia2 lebih rendah, PSC yang dibayar oleh penumpang dari lapangan terbang lain di Malaysia akan digunakan untuk penyelenggaraan klia2.

Ini bermakna penumpang memberi subsidi kepada lapangan terbang yang mempunyai kemudahan yang lebih baik, yang mereka sendiri tidak gunakan.

Ini terjadi disebabkan caj PSC yang lebih rendah di klia2 tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mengurusnya.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang berpangkalan di Geneva, berulang kali menyuarakan sokongan untuk menyamakan PSC, dengan mengatakan sebarangkan perbezaan akan menjurus kepada subsidi bersilang, dengan penumpang KLIA membayar untuk perkhidmatan yang dinikmati oleh penumpang klia2.

Dari perspektif makro, persamaan caj PSC akan mengurangkan subsidi kerajaan yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Mengikut Perjanjian Operasi semasa yang dimeterai oleh kerajaan dan MAHB, kerajaan perlu membayar subsidi MAHB jika PSC kurang daripada paras tertentu berdasarkan formula.

Pada tahap PSC semasa yang lebih rendah di klia2, kerajaan perlu memberi subsidi lebih daripada RM70 juta setahun kepada MAHB.

Ini bermakna, pembayar cukai memberi subsidi kepada penumpang yang menggunakan klia2, yang mampu melancong ke destinasi melepasi ASEAN.

Dalam erti kata lain, AirAsia beroperasi dengan bantuan kerajaan kerana mereka memperoleh kelebihan harga yang kompetitif daripada caj PSC yang lebih rendah, atas pengorbanan pembayar cukai.

Bayaran PSC yang sama hanya memberi kesan ke atas mereka yang melancong ke destinasi di luar ASEAN dari klia2, iaitu kurang daripada 5.0 peratus trafik penumpang Malaysia.

Semua kategori perjalanan lain tidak terjejas.

Satu perkara penting untuk diberi pertimbangan ialah trafik penumpang tahun ini tidak terjejas oleh peningkatan caj PSC yang diumumkan oleh MAVCOM tahun lepas.

Sebaliknya, trafik meningkat 10.2 peratus dalam tempoh sembilan bulan berakhir September 2017 berbanding 4.4 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Selain itu, MAHB baru-baru ini mencatatkan peningkatan jumlah trafik masuk dari China iaitu sebanyak 22.0 peratus dalam tempoh tujuh bulan berakhir Julai 2017 berbanding tahun sebelumnya.

Oleh itu, caj PSC tidak menjejaskan trafik penumpang. – BERNAMA

Tags: KLIA2LCCTMAHBMavcomPSC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

01/02/2023
0

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membantu mempercepatkan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd