• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cacilah, Caci Sebanyak Mana Yang Hendak Dicaci – Iqram

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA minggu lalu kecoh di media sosial apabila Iqram Dinzly dikatakan tidak waras kerana sikapnya makin pelik.

Baca: Sikap Makin Pelik, Iqram Dinzly Dikata Kurang Waras?

Ekoran daripada itu, pelakon berusia 36 tahun ini memuat naik satu posting di laman Instagram meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan netizen yang tidak habis-habis bercakap mengenai dirinya.

“Aku tahu aku manusia alpa. Aku manusia yang banyak berdosa. Aku usaha untuk tidak menyusahkan sesiapa. Namun tetap jua manusia itu bersangka-sangka,” tulisnya di laman Instagram.

Selain itu, anak jati negeri Perak ini turut mempersoalkan salahkah untuk dia berseni dalam karya dan juga pemakaiannya? Ini kerana ramai netizen menyatakan fesyen yang ditampilkannya kini agak pelik.

“Salahkah aku berseni sendiri. Tanpa meminta simpati diri. Aku seolah-olah ingin meminta royalti terhadap mereka yang mengambil kesempatan terhadap semua ini,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, pelakon bagi drama Dunia Baru ini dikecam kerana memuat naik fotonya bersama arwah bapanya yang sedang terlantar. Tambahan pula, gambar tersebut menunjukkan ada gula-gula di dalam mulut bapanya.

Namun, adiknya, Iqbal Dinzly menjelaskan tentang perkara tersebut. Katanya, arwah ayahnya yang meminta untuk merasa makan lolipop tersebut.

Namun, bapanya telah menghembuskan nafas terakhir pada 10 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin turut dicop tidak waras gara-gara memuat naik beberapa video yang dianggap pelik.

Walaupun teruk dikecam, pelakon ini tidak mempedulikan kata-kata negatif yang dilontarkan. Sebaliknya dia menyatakan hanya mahu menjadi diri sendiri.

“Terima kasih kerana mengambil berat mengenai diri saya. Cacilah, caci sebanyak mana yang hendak dicaci.

“Saya hanya mampu berdoa dan akan berusaha untuk cuci, suci dan murni dengan segala yang terjadi. Itu antara saya dan Ilahi,” tulisnya lagi.

Khabarnya kini Iqram dan ibunya sedang membangunkan satu budaya fesyen yang lebih berkarisma mengikut patuh syariah yang diberi nama Bawaabata Merebucks. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Iqram Dinzly
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maju Motor Sahkan Status Pasukan Terbaik Negara

Next Post

Bina Puri Sasar Kontrak Pembinaan RM1 Bilion

Related Posts

Gagal Bayar Cukai RM77,000, Iqram Dinzly Diisytihar Muflis

15/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Kegagalan melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM77,000 membawa padah buat pelakon Iqram Dinzly yang diisytihar muflis. Aktor kontroversi...

Lama ‘Hilang’, Iqram Kini Jumpa Diri Yang Sebenar

26/06/2018
0

SETELAH beberapa ketika dirinya dibayangi dengan kontroversi hangat, kini pelakon Iqram Dinzly berasa bertuah apabila pada 10 malam terakhir Ramadan...

Next Post

Bina Puri Sasar Kontrak Pembinaan RM1 Bilion

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd