• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Burung Ini Miliki Gaya ‘Rambut’ Seperti Trump

oleh AK-47
15/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJENIS unggas di China iaitu burung kuang emas menjadi sensasi dalam kalangan warga tempatan negara itu kerana memiliki jambul seperti gaya rambut Donald Trump.

Foto itu tersebar menerusi laman sosial di China selepas seorang wartawan dari Hangzhou membidik gambar seekor kuang emas jantan jelas memaparkan persamaan ketara antara jambul burung itu dengan gaya rambut Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu itu.

Menurut penjaga burung itu iaitu Gao kepada portal berita Daily Mail, dia terkejut mendengar berita tersebut dan selepas itu barulah dia menyedari persamaan yang dimiliki oleh haiwan jagaannya itu.

“Saya tidak menyedari persamaan itu kerana tidak memberikan perhatian pun pada gaya jambul yang dimilikinya.

“Tetapi setelah Trump memenangi pilihan raya di AS, saya mula lihat banyak gambarnya dan berfikir yang burung kuang emas itu memiliki persamaan dengan Trump,” jelasnya.

Burung Ini Miliki Gaya 'Rambut' Seperti Donald Trump

Tambah laman itu, Gao merupakan pekerja di Taman Safari Hangzhou di timur China; tempat di mana burung itu dipelihara.

Menurut Gao, burung kuang emas jantan itu dikenali sebagai ‘Little Red‘ kerana memiliki warna bulu berwarna merah yang sangat terang kerana tahap kesihatannya tinggi berbanding spesiesnya yang lain.

Sejak tersebarnya foto itu, pengguna laman sesawang negara itu merasa geli hati dengan persamaan yang dimiliki oleh ‘Little Red‘ itu dengan Trump.

Seorang pengguna laman sosial tempatan Sina berkata, “Secara faktanya, burung kuang emas itu lebih menarik daripada Trump,”

Manakala pelayar laman QQ.com pula, “Bukan sahaja burung kuang emas itu memiliki jambul seperti Trump malah ekspresi muka juga sama,” katanya.

Gao berasa bangga dengan populariti yang diraih oleh burung kuang emas jantan itu memandangkan spesies burung itu merupakan spesies yang dilindungi di negaranya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Burungrambut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Burung Jatuh Dari Langit Kerana Dehidrasi Dan Kepenatan

16/05/2022
0

NEW DELHI – Beribu-ribu ekor burung di India dilaporkan terjatuh dari langit ketika terbang akibat keletihan dan dehidrasi disebabkan gelombang...

Opick Diberi Amanah Simpan Rambut Rasulullah SAW

13/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Rezeki berpihak kepada penyanyi lagu ketuhanan dari Indonesia, Opick apabila diberi kepercayaan untuk menjaga sehelai rambut milik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd