• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

oleh
17/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah selari dengan kelemahan global dan data perindustrian China yang perlahan, memberi tekanan terhadap pertumbuhan ekonomi yang lemah dan penurunan permintaan di tengah-tengah konflik perdagangan AS-China yang berlarutan.

Pada 9.01 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.56 mata kepada 1,638.07 daripada 1,638.07 pada 5 petang Jumaat.

Indeks dibuka 0.3 lebih baik pada 1,638.93.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 108 berbanding 102, dengan 172 kaunter tidak berubah, 1,498 tidak diniagakan dan 34 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 83.08 juta bernilai RM43.67 juta.

Malacca Securities Sdn. Bhd. berkata keadaan pasaran di bursa tempatan kekal hambar berikutan ketiadaan pemangkin baharu dan keadaan FBM KLCI yang masih kukuh akan menyebabkan sentimen kembali pulih.

“Seperti sedia maklum, kebimbangan masih memberi kesan terhadap keadaan ekonomi global ketika pertikaian perdagangan AS-China berlarutan. Oleh itu, kami berpendapat indeks utama akan bergerak ke aliran menurun disebabkan oleh trend semasa ini,” katanya dalam nota.

Firma penyelidikan itu berkata keadaan itu akan turut menjejaskan saham murah dan kedudukan pasaran saham secara menyeluruh berikutan terdapat tanda-tanda awal kelemahan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini.

Menurutnya, aktiviti pengambilan untung mungkin meningkat berikutan terdapat hanya beberapa pemangkin sahaja untuk meningkatkan sentimen pasaran buat masa ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.95, Public Bank turun empat sen kepada RM23.08, Tenaga meningkat 12 sen kepada RM12.30 manakala Maxis kekal pada RM5.58.

Bagi saham aktif, Greatech menokok 0.4 sen kepada 85 sen, industri Malayan United dan SMTrack masiang-masing naik satu sen kepada 25 sen dan 18.5 sen manakala Priceworth tidak berubah pada 6.5 sen.

Indeks FBM Emas turun 3.05 mata kepada 11,561.60, Indeks FBMT 100 merosot 3.36 mata kepada 11,409.15, tetapi Indeks Syariah FBM Emas naik 8.05 mata kepada 11,796.29.

FBM 70 turun 2.11 mata kepada 14,378.92 dan FBM Ace susut 2.59 mata kepada 4,384.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 27.37 mata kepada 16,704.10 dan indeks Produk & Perkhidmatan Industri turun 0.22 mata kepada 160.13, tetapi Indeks Perladangan naik 1.09 mata kepada 6,872.17.

Tags: bursa malaysiafbm klci
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

X70 Penyumbang Utama Jualan Tertinggi Proton

Next Post

Ciapan Lama Pemimpin PKR Bersama Haziq Curi Tumpuan

Related Posts

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

15/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia Bhd akan melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat...

Dagangan Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

13/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat ketika mengakhiri dagangan tidak menentu pada Khamis, dipacu oleh sokongan belian berterusan dalam saham wajaran...

Next Post

Ciapan Lama Pemimpin PKR Bersama Haziq Curi Tumpuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd