• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Ujian Kendiri COVID-19 Sebelum Balik Kampung – KJ

oleh
06/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah bertemu keluarga di luar lokaliti dinasihatkan menjalani ujian kendiri COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata apabila negara memasuki fasa endemik, kerajaan tidak lagi boleh melakukan sekatan jalan raya dan memeriksa individu berkenaan sudah lengkap divaksinasi atau belum.

“Kini tanggungjawab dan tingkah laku bergantung kepada individu itu sendiri. Saya percaya kita dapat menghadapi cabaran ini dalam #ReopeningSafely.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung dan bertemu dengan golongan berusia, lakukan kit ujian kendiri COVID-19 (RTK) air liur. Jaga keselamatan mereka.

“Hanya tinggal 1.6 peratus (belum divaksinasi lengkap) sebelum sempadan negeri dibuka. Kini Kementerian Kesihatan (KKM) sudah beralih ke ujian simptomatik.

“Kami meminta orang yang berada dalam persekitaran dan bertemu dengan ramai orang atau mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Sebelum ini data yang dipaparkan dalam laman web COVIDNOW menunjukkan sebanyak 20,698,852 atau 88.4 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima imunisasi COVID-19 manakala 94.5 peratus sekurang-kurangnya menerima satu dos vaksin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu. – BH Online

Tags: KKMrentas negeriujian kendiri COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd