• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bos Upin Ipin Nafi Pecat, Tak Tahu Ujang Penasihat?

oleh AK-47
08/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMILIK siri animasi Upin & Ipin, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan arahan supaya kartunis Ibrahim Anom atau lebih dikenali sebagai Ujang dipecat daripada syarikat animasi itu.

Pengarahnya, Burhanuddin Md Radzi berkata punca sebenar mengapa kartunis itu dibuang adalah disebabkan pemilik Syarikat Nyla Sdn. Bhd., Tunku Maziah Tunku Mukhtar memintanya nasihat ekoran kemerosotan jualan komik Upin & Ipin di pasaran.

“Sejak dua bulan lalu isi kandungan (komik) Upin & Ipin banyak menyimpang, kami dapati ia tidak mempunyai kaitan dengan kanak-kanak malahan terdapat cerita memasak pula di dalamnya.

“Sebagai pengeluar komik, dia patut bagi cadangan bagaimana hendak naikkan edaran. Tetapi apabila dia balik dan kembali semula selepas itu, dia memberitahu, penasihat kata jangan ubah apa-apa.

“Kami tidak suruh (arah pecat), tetapi kalau sudah tidak boleh menasihat, tidak perlu jadi penasihat. Itu yang dia balik dan buang Ujang dalam tempoh 24 jam,” katanya menerusi sebuah portal berita tempatan.

Nyla Sdn. Bhd. merupakan sebagai pihak ketiga yang diberikan lesen oleh syarikat Les’ Copaque untuk menghasilkan komik menggunakan watak-watak dari siri animasi Upin & Ipin.

Burhanudin berkata, hingga kini peranan sebenar Ujang di syarikat berkenaan tidak diketahui sepenuhnya dan menurutnya juga, perlantikan kartunis itu sebagai penasihat juga tiada dalam pengetahuan Les’ Copaque.

“Saya tidak tahu Nyla menggunakan Ujang sebagai penasihat kerana tidak terbabit dalam hal ehwal dalaman.

“Komik pula tidak memerlukan pelukis kerana hanya menggunakan tangkap layar dari Upin & Ipin dan kemudian ditambah kata-kata,” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan Burhanudin ini sedikit sebanyak menimbulkan keraguan ekoran di laman sosial ketika ini tersebar gambar keakrab mereka berdua yang dirakam ketika berada di sebuah restoran.

Ditambah pula kartunis lagenda itu telah enam tahun berkhidmat sebagai penasihat dan editor di bawah syarikat naugan mereka.

Bos Upin Ipin Nafi Pecat, Tak Tahu Ujang Penasihat?

“Pelik bila bos Les Copaque kata mereka tak tahu Ujang adalah penasihat komik Upin & Ipin. Dah 6 tahun kot. Gambar bersama pun ada,” soal pemuat naik gambar, Asrul Muzaffar di laman Twitter.

Tidak setakat itu, Burhanudin turut mengatakan Les’ Copaque memantau segala proses pengeluaran di mana setiap isi kandungan komik mesti disemak dan diluluskan oleh mereka sebelum diterbitkan.

“Kami (Les’ Copaque) beri lesen kepada Nyla Sdn. Bhd. Tetapi kami memantau segala isi kandungan dan kebanyakannya kami bagi.

“Sebelum diterbitkan, mesti hantar pada kami untuk diluluskan, itu adalah prosesnya,” katanya.

Kenyataanya itu juga turut mencetuskan persoalan ramai disebabkan setiap yang diterbitkan oleh Nyla perlu mendapat pemantauan daripada Les’ Copaque, jadi pastinya beliau turut mengetahui ‘tulang belakang’ penggerak komik berkenaan.

Perkongsian gambar di bawah secara jelas memaparkan contoh terbaik menyangkal dakwaan ‘tidak mengetahui status Ujang’ lebih-lebih lagi kartunis itu sudah enam tahun berkhidmat sebagai penasihat kepada syarikat Nyla.

Bos Upin Ipin Nafi Pecat, Tak Tahu Ujang Penasihat?

Bos Upin Ipin Nafi Pecat, Tak Tahu Ujang Penasihat?

Terdahulu, perkongsian status daripada Ujang yang menyatakan dirinya dipecat oleh syarikat penerbitan majalah komik Upin & Ipin dalam tempoh 24 jam telah menimbulkan kemarahan netizen yang mengikuti perkembangan kartunis itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KartunispelukisUpin & Ipin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MRT Corp Nafi Terlibat Isu Roboh Ampang Park

Next Post

Mak Ai: Siswa Pokai Gila Shopping?

Related Posts

Kartunis Aie Meninggal Dunia

28/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kartunis Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong yang terkenal dengan karya 'Áku Hidup Dalam Blues' meninggal dunia...

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Tersenarai Calon Oscar 2020

18/10/2019
0

FILEM animasi popular tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les' Copaque Production melakar sejarah apabila disenaraikan bersama 32...

Next Post

Mak Ai: Siswa Pokai Gila Shopping?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd