• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tak Angkuh, Najib Jawab ‘Pukulan Mati’ Kit Siang

oleh
12/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sindiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa kekalah PBS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan semalam sebagai ‘knockout blow’ (pukulan mati) kepadanya, sebagai satu lagi tanda obsesi Kit Siang terhadap beliau.

Menurut Najib, beliau hadir di Sandakan hanya untuk separuh hari dan sempat memberi satu ceramah atas permintaan PBS.

Tambah Najib, selepas Pakatan Harapan kalah berturut-turut dalam tiga PRK iaitu di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau tidak ada seorang pun pemimpin BN secara angkuh menuduh kekalahan PH sebagai pukulan mati.

“Kit Siang telah berkempen berhari-hari di PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. Puluhan ceramah diberi oleh Kit Siang di sana.Lalu PH tetap kalah juga walaupun Kit Siang telah kuat berkempen.

“Tapi tak ada seorang pun dari BN yang angkuh sehingga menuduh bahawa semua kekalahan PH ini melambangkan pukulan-pukulan mati untuk Kit Siang,” sindir Najib.

Najib dalam hantaran yang dibuat dalam Facebooknya hari ini bagaimanapun turut mengucapkan tahnian kepada DAP atas kemenangan calon mereka, Vivian Wong Sher Yee.

Semalam Kit Siang dilaporkan berkata, kemenangan DAP dalam PRK Sandakan sebagai ‘pukulan mati’ terhadap Najib sekaligus memberi gambaran pengundi menolak kempen ‘Malu apa bossku’ di Parlimen tersebut.

“Dengan logik yang sama, pasaran saham yang sudahpun diberi gelaran paling corot dalam dunia telah jatuh lagi pada minggu lepas kepada tahap paling rendah sejak 3 1/2 tahun dahulu.

“Adakah ini juga melambangkan pukulan mati kepada anak MenHEN? Dah knockout ke belum? Berapa kali sudah kena pukulan?” tanya Najib.

Tambah Najib, beliau percaya PBS dan BN mengambil iktibar dari PRK Sandakan untuk memperbetulkan segala kelemahan.

Menurut beliau, apa yang pasti semangat perjuangan PBS dan BN tidak akan terpadam.

Dalam PRK Sandakan yang diadakan semalam, calon DAP, Vivian Wong mendapat 16,012 undi dengan majoriti besar 11,521 undi sekaligus mengalahkan calon PBS, Datuk Linda Tsen Thau Lin dan tiga calon bebas lain. – UTUSAN ONLINE

Tags: DAPLim Guan EngLim Kit SiangNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Perlu Masa Lebih Panjang Sebagai PM

Next Post

Keunikan Ayam Tin Kampung Lubuk Kawah

Related Posts

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Next Post

Keunikan Ayam Tin Kampung Lubuk Kawah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd