• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Betul Ke Tukar Kontrak Boleh Jimat Kos MRT 2?

oleh
11/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINDIR… Pergerakan Wanita UMNO persoal bagaimana tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tukar kontrak projek Transit Aliran Massa 2 (MRT 2) kepada kontraktor lain boleh kurangkan kos.

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad dalam nada sinis turut membangkitkan pertanyaan cepumas bagaimana pula menggerakkan kontraktor baharu ke tapak pembinaan yang sedang berjalan itu boleh menjimatkan kos operasi.

Walhal, jelas beliau lagi, kerja-kerja laluan bawah tanah MRT 2 kini sudah pun 40 peratus siap dengan baki kerja berjumlah RM9.6 bilion daripada jumlah kos projek tersebut yang telah diagihkan sebanyak RM15.47 bilion.

“Sepatutnya, pihak kerajaan PH dan MMC-Gamuda mencari jalan penyelesaian untuk kos kerja bawah tanah yang dikatakan kononnya menjadi punca kepada penamatan kontrak syarikat tempatan tersebut baru-baru ini.

“Padahal MMC-Gamuda diketahui memiliki kepakaran dan telah terbukti melalui projek terowong dwifungsi SMART (Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya) dan MRT1 (Transit Aliran Massa 1) di ibu negara sebelum ini.

“Wanita UMNO bimbang selepas ini kontrak terbabit tentunya akan diberi kepada kontraktor asing yang kemudian menggunakan kakitangan berpengalaman dari negara mereka sendiri,” kata Noraini dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kenyataan aneh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua semalam yang berkata, kerajaan PH konon tidak pernah batalkan kerja bawah tanah MRT2 dan bakal buang 20,000 pekerja.

Sebaliknya Pengerusi DAP Selangor itu berdalih dengan mendakwa bahawa kontrak berkenaan akan diberikan pula kepada kontraktor yang boleh menjalankan operasi pada kos lebih rendah. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Datuk Noraini AhmadMRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Menantu Zahid Turut Diambil Keterangan Di SPRM

Next Post

Doa Bapa Depan Kaabah Iringi Kejayaan Dik Wan

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

Next Post

Doa Bapa Depan Kaabah Iringi Kejayaan Dik Wan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd