Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MB Kedah Terima Kunjungan...

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari...

Banjir Hampir Pulih, Johor...

JOHOR BAHRU - Bilik gerakan bencana negeri yang diaktifkan sejak lima hari lepas...

Sempoi… Dulang Boy Berkain...

VIRAL di laman sosial Facebook beberapa keping gambar 'dulang boy' yang hanya memakai...

Kementerian Kesihatan Nafi Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan...

Berkat Ambil Anak Angkat, Datin Shahida Kini Hamil!

SIAPA sangka setelah dua kali mengambil anak angkat, kini isteri kepada pengasas kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida disahkan hamil tiga bulan!

“Alhamdulillah, isteri saya kini sedang mengandung tiga bulan. Saya memang dah lama impikan anak yang ramai.

“Tak sangka selepas ambil dua orang anak angkat, Ameena dan Qayyum, isteri saya disahkan hamil,” kata Aliff dipetik daripada mStar Online.

Kata Aliff, dia sememangnya tidak menyangka Allah telah memberikan rezeki kepada mereka selepas mengambil dua orang anak angkat iaitu Ameena dan Qayyum.

Aliff dan Shahida telah berkongsi khabar gembira itu ketika sidang media pelancaran single terbaharunya, Abang Nak Tegur 2.0 bertempat di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada petang tadi.

“Alhamdulillah dah 3 bulan usia kandungan saya dan sedang menginjak ke trimester 2… Saya disahkan hamil sebelum menunaikan umrah lagi… Alhamdulillah umrah saya dipermudahkan.. Terima kasih yang mendoakan saya cepat-cepat hamil… Alhamdulillah tak sampai sebulan saya jaga Ameena saya hamil… 3 bulan pertama saya mengalami morning sickness yang sangat teruk….. Alhamdulillah kini semakin sihat….. Doakan saya dan baby dalam kandungan sihat….” tulis Shahida di ruangan kapsyen gambarnya.

Hasil perkahwinan selama 10 tahun,mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Ammar Ahyan, 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5.

Kini Aliff sedang dibanjiri dengan kontroversi ketika menjalani penggamabran video klip lagu berkenaan baru-baru ini di Sepanyol bersama dengan pengasas kosmetik, Nur Sajat.

Ketika di sana, beg kepunyaanya telah dicuri oleh individu yang tak dikenali ketika hari pertama sampai ke sana.

Oleh sebab tertekan dengan kejadian itu, dia dikatakan tidak sengaja telah memarahi Sajat hingga menyebabkan ‘wanita’ berkenaan merajuk!


“Hari pertama penggambaran dah kena rompak. Tak kan kes polis pun saya nak buat drama. Saya ada laporan polis.

“Sejujurnya, ia bukan semata-mata drama atau sengaja nak timbulkan kontroversi. Sepanjang di sana saya sedih. Mungkin terlalu tertekan menyebabkan secara tidak sengaja saya memarahi Sajat.

“Tapi netizen dah mengecam saya seperti kami melakukan zina di sana,” tambahnya lagi.

Akibat kecurian itu, Aliff telah mengalami kerugian sebanyak hampir RM400,000 iaitu wang tunai, kad kredit, kad pengenalan dan jam tangan mewah jenama Cartier miliknya.

Selain itu, netizen jua menganggap bahawa kejadian Sajat dimarahi merupakan drama ataupun lakonan mereka bagi mempromosi lagu tersebut seperti apa yang dilakukan oleh penyanyi Nabila Razali.

Lagu Abang Nak Tegur telah dikritik oleh netizen apabila mereka menganggap Sajat sebagai perosak lagu berkenaan.

Namun, apabila lagu itu dinyayikan oleh Shahida, ramai netizen berubah fikiran dan menyukai lagu tersebut.

Apa pun tahniah diucapkan kepada Aliff dan Shahida, semoga keluarga mereka akan bertambah meriah dan dilimpahkan rezeki dengan cahaya mata yang ramai seperti yang diimpikan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori