• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Subsidi Pengangkutan Bukannya Petrol

oleh
09/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakar ekonomi terkemuka, Prof. Jomo Kwame Sundaram menggesa kerajaan mengutamakan pemberian subsidi pengangkutan awam berbanding subsidi bahan api atau petrol.

Malah, kata beliau, ini penting bagi membantu golongan bawahan yang lebih banyak bergantung kepada kaedah pengangkutan awam tersebut.

“Siapa yang lebih banyak menggunakan bahan api? (Sudah pastinya adalah kalangan) pemilik kereta. Mereka yang berpendapatan 20% terendah sebaliknya tidak memiliki kereta mahu pun motosikal dan hanya bergantung kepada pengangkutan awam.

“Oleh itu, kerajaan perlu meneliti untuk memberi subsidi pengangkutan awam yang digunakan oleh 70% rakyat Malaysia dan kurangkan tumpuan terhadap 30% di peringkat atas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan panel perbincangan bertajuk ‘Growth and Development’ pada Forum Megatrend Khazanah 2019.

Jomo berkata demikian sebagai mengulas langkah kerajaan memansuhkan mekanisme subsidi petrol sedia ada dan secara berperingkat mengapungkan semula harga runcit petrol RON95 di Semenanjung Malaysia mulai 1 Januari 2020.

Mengulas selanjutnya, Jomo berkata: “Kerajaan Malaysia telah cuba mengurangkan subsidi (bahan api) ini. Subsidi bahan api di mana-mana negara hanya menguntungkan kelas pertengahan berbanding bawahan.”

Menurutnya, Malaysia juga adalah antara negara yang mencatat pemilikan kereta tertinggi di dunia.

Beliau yang juga Penasihat Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Khazanah berkata kerajaan juga perlu menimbang peluang pertumbuhan atau pembangunan lainnya termasuk beralih kepada penggunaan biodiesel.

Ditanya mengenai cadangan kerajaan meliberalisasikan sektor tenaga, beliau berkata ini sejajar komitmen ke arah menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang sepatutnya diutamakan.

“Apabila projek penjana tenaga bebas (IPP) diberi kepada syarikat, kebanyakannya menjana tenaga menggunakan diesel.

“Namun kini mereka menggunakan arang batu iaitu satu langkah ke belakang kerana terdapat banyak bahan sufida dan sulfit yang terlepas ke ruang udara dan menjejaskan kesihatan orang ramai,” katanya.

Tags: Jomo Kwame Sundaramsubsidi pengangkutansubsidi petrol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MSM Jual Tanah Perlis Kepada F & N Pada Harga RM156 Juta

Next Post

MTUC Dakwa Menteri Bohong Pindaan Undang-Undang Buruh

Related Posts

KPDNHEP Akan Teruskan Dasar Sedia Ada Yang Baik

12/03/2020
0

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meneruskan dasar dan strategi sedia ada yang baik...

Kabinet Tentukan Pelaksanaan PSP – Saifuddin

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyerahkan keputusan untuk melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) kepada...

Next Post

MTUC Dakwa Menteri Bohong Pindaan Undang-Undang Buruh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd