Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gagal Naik Balik Lepas...

SEORANG lelaki berusia 47 tahun terperangkap sejauh hampir 10 meter di dalam perigi...

Panglima TLDM Puas Hati...

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad...

Anggota Tentera Perlu Lebih...

ALOR SETAR - Bentuk ancaman global yang pantas berubah memerlukan setiap anggota tentera...

Banjir Di Rompin Tidak...

KUANTAN - Seramai 27 mangsa banjir di Rompin masih ditempatkan di Balai Raya...

Benarkah Durian Raja Kunyit Berharga RM5,760?

SESETENGAH orang mungkin tidak meminati raja segala buah ini. Tapi, kalau yang memang ‘hantu’ durian, harga beratus-ratus ringgit pun mereka sanggup bayar demi menikmati keenakannya.

Apabila sampai saja musim durian, maka belambaklah khemah dipacak di tepi jalan dengan susunan buah yang menarik. Tapi yang tak bestnya, harga durian sekarang ni makin mengarut dan tak masuk akal langsung!

Sekilo durian dengan nama-nama pelik dijual sampai mencecah puluhan ringgit sekilogram! Menjadikan hanya kelompok tertentu dalam masyarakat kita yang mampu menjamah buah berkenaan.

Sampai orang bertanya, mana pergi durian kampung yang harganya semua orang mampu beli dahulu?

Ok… dalam banyak-banyak harga durian yang mengarut…..pernah tak kalian jumpa beberapa biji yang mencecah berharga RM5,790.00? Baca betul-betul…durian tau, bukan harga iPhone 8.

Yea betul….tersebar di media sosial mengenai seorang pembeli dikatakan telah membayar durian jenis Raja Kunyit dengan harga hampir RM6k! Tergagap sekejap nak sebut harga durian tu.

Bil dan gambar di bawah adalah bahan yang tersebar itu.

Mungkin inilah harga durian yang paling tak masuk akal setakat ni. Betul ke harga durian raja kunyit mahal macam tu? Boleh buat bayar duit muka untuk beli kereta dah.

Kami telah cuba untuk menghubungi nombor yang tertera di resit tersebut, namun tiada sebarang jawapan yang berjaya diperoleh.


Kami pun teringin nak tahu sangat apakah benar itu harga yang telah dibayar atau semuanya itu sekadar salah faham.

Mungkin selepas ini pihak yang berkenaan akan memberikan jawapan mengapa harga durian itu mencecah RM6k.

Apakah ia sebenarnya merujuk kepada 100 kiliogram dan bukan 1 kilogram?

Peliknya di resit syarikat penjual itu ditulis 1 raja kunyit. Takkan sebijik semahal itu? Pelancong mana la kena kencing agaknya kalau ia benar.

Bagi anda yang peminat tegar durian ni… Agak-agak masuk akal ke harga durian Raja Kunyit semahal macam tu? Menangis jugak rasanya kalau nak bayar tu. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

*Video sekadar hiasan…

Kategori