• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belia 18 Tahun Boleh Daftar Mengundi 2 Tahun Lagi

oleh
28/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Belia yang menginjak usia 18 tahun masih perlu menunggu kira-kira dua tahun lagi sebelum boleh didaftarkan sebagai pengundi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr. Azmi Sharom berkata, walaupun Dewan Rakyat pada Julai lepas meluluskan Rang Undang-undang (RUU) menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, namun ia bukan bermaksud belia pada usia itu kini sudah boleh mendaftar sebagai pengundi serta-merta.

Menjelaskan perkara itu kepada Bernama News Channel (Astro 502) dalam satu temu bual eksklusif pada Selasa, Azmi berkata, pendaftaran sebagai pengundi akan hanya dilaksanakan secara serentak dengan pendaftaran automatik. 

Beliau berkata, ini kerana SPR menjangkakan tempoh dua tahun lagi untuk menyediakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, sekali gus mampu diaplikasi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. 

“Pendaftaran secara automatik tu lama lagi, mungkin dalam setahun setengah, mungkin dalam dua tahun, barulah dia dilaksanakan,” katanya. 

Beliau menjelaskan demikian ekoran aduan kakitangannya yang sering menerima pertanyaan orang ramai terutama belia 18 tahun yang memohon nama mereka didaftarkan sebagai pengundi serta-merta. 

Kakitangan SPR juga perlu memberi penerangan apabila ada antara mereka yang mengadu nama mereka ditolak daripada senarai pendaftar apabila membuat pendaftaran secara dalam talian. 

Azmi dalam pada itu berkata, tempoh dua tahun itu juga diperlukan bagi SPR membuat persediaan menghadapi jutaan tambahan pengundi, menentukan pusat dan saluran mengundi mencukupi, selain membeli kotak undi yang banyak serta melatih lebih ramai pegawai SPR. 

Selain menurunkan umur warganegara layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, pindaan itu turut mencadangkan penurunan umur warganegara yang layak menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri kepada 18 tahun, serta mereka didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh SPR. 

Mengulas lanjut, Azmi berkata, fokus SPR ketika ini dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara ialah memastikan sistem berkenaan secara teknikalnya telus, selamat dan efisien, agar segala proses pengundian berjalan lancar apabila tiba masanya. 

Mengikut rekod, jumlah pengundi pada PRU-15 dijangka menjangkau lebih 22 juta orang, berbanding 14.9 juta pengundi pada PRU-14 pada 2018.

Tags: 18 tahunAzmi SharomBeliahad umur mengundiSPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Gojek Ancam Kepung Kedutaan Malaysia Di Jakarta

Next Post

Malaysia Tetap Teruskan Projek Kereta Terbang – Redzuan

Related Posts

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

13/08/2024
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada...

Next Post

Malaysia Tetap Teruskan Projek Kereta Terbang - Redzuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd