Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Harap Kemelut Politik Kedah...

KLUANG - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kemelut politik yang...

Pesawat Langgar Dron Ketika...

LONDON - Pesawat British Airways melanggar objek dipercayai dron ketika cuba mendarat di...

Anwar Tegas Dengan Keputusan...

PORT DICKSON — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan...

EPL: Liverpool Kecewa Lagi,...

LONDON - Jaringan tunggal penyerang Astol Villa, Gabriel Agbonlahor pada minit kesembilan perlawanan...

Bekas KPSU Kementerian Ditahan Kes Rasuah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) sebuah kementerian kerana disyaki menerima rasuah melibatkan satu tender kementerian berkenaan.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berumur 42 tahun itu kini menjawat jawatan pengarah di sebuah pusat latihan ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam.

“Suspek disyaki menerima rasuah daripada syarikat-syarikat pembekal baja yang memasuki tender bagi membekalkan baja di kementerian terbabit.

“Tender tersebut difahamkan diberikan kepada tiga syarikat milik individu yang sama dengan nilai tender berjumlah RM118 juta bagi tempoh dua tahun dari 2019 hingga 2020,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM. – BERNAMA

Kategori