• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Guru Besar Didakwa Beri Projek Kepada Isteri, Anak

oleh
25/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang bekas guru besar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan salah guna kuasa, membabitkan projek pembekalan makanan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) bernilai RM45,961 kepada syarikat milik isteri dan anaknya.

Syed Jaafarullah Habib Jaafar, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Syed Jaafarullah didakwa menggunakan kedudukannya sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan Gading-Gading, Kunak, untuk mendapatkan suapan apabila membuat keputusan meluluskan pemberian pembekalan makanan RMTS melalui perjanjian pembekalan makanan bagi tempoh 2011 bernilai RM45,961 (setahun), kepada Seri Gading Enterprise.

Syarikat Seri Gading milik isteri beliau, Zalitah Lakim serta anaknya, Sharifah Adawiah yang mempunyai kepentingan kepadanya. Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 3 Jan 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa dan pasport terhad perlu diserahkan pada 31 Oktober ini kepada mahkamah dan menetapkan 5 Disember untuk sebutan semula kes.

Selain itu, tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mana-mana saksi pendakwaan termasuk menggunakan orang ketiga sebagai penghubung kepada saksi, sama ada sebelum, semasa atau selepas perbicaraan, di samping perlu melapor diri ke pejabat SPRM Tawau dua bulan sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Faliq Basirudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tags: bekas guru besarberi projekRMTSSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Sahkan 28 Komik Propaganda Dirampas Di Pulau Pinang

Next Post

Zainal Kling Beri Keterangan Selama 2 Jam Di Bukit Aman

Related Posts

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pertuduhan terhadap isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kesalahan gagal...

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

10/07/2025
0

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pembekal susu tepung yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai memanipulasi harga antara 10 hingga...

Next Post

Zainal Kling Beri Keterangan Selama 2 Jam Di Bukit Aman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd