• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Perempuan Ada 2 Kepala Lahir Di Indonesia

oleh AK-47
11/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Bayi kembar siam perempuan yang dilahirkan dengan dua kepala namun mempunyai hanya satu badan, sepasang tangan dan kaki mencetuskan sensasi dalam kalangan masyarakat Indonesia.

Bayi unik itu dilahirkan pada 9 Ogos lalu di sebuah hospital tempatan di Gresik dekat Surabaya yang terletak dalam wilayah Jawa Timur, kira-kira 758 kilometer dari ibu kota Jakarta, menurut laporan laman berita terkenal Liputan 6.

Susulan kelahiran bayi kembar pelik tersebut yang seberat 4.2 kilogram, dia kini terpaksa diletakkan di dalam sebuah inkubator di bawah penjagaan khas oleh sepasukan jururawat di Hospital Besar Ibnu Sina.

Bayi berkenaan bagaimanapun disahkan mengalami Parapagus, iaitu jenis kembar siam di mana terdapat dua kepala, dua leher yang bersebelahan antara satu sama lain namun hanya memiliki satu badan sahaja.

Sri Wahyuni, ibu bayi tersebut, masih belum boleh lagi mengulas kepada pihak media kerana masih terkejut setelah mendapat tahu bayinya dilahirkan dengan mempunyai dua kepala.

“Saya sendiri gembira bercampur terkejut, apabila diberitahu oleh doktor bahawa bayi yang dilahirkan isteri adalah bayi perempuan, tapi dengan dua kepala,” kata Dianto, si bapa kepada bayi itu.

Bayi Perempuan Ada 2 Kepala Lahir Di Indonesia

“Semoga saja bayi perempuan kami akan baik-baik saja dan dapat membesar seperti bayi-bayi yang lain. Sehingga kini, kami masih menunggu arahan lebih lanjut daripada pasukan doktor yang ada di hospital ini,” tambah beliau dipetik akhbar Kompas.

Bayi berkenaan juga pada mulanya disahkan mengalami kegagalan pernafasan sebaik sahaja dilahirkan serta menggunakan mesin sokongan jantung dan pernafasan ketika doktor dan jururawat memantau keadaannya.

Keadaan bayi tersebut adalah jauh berbeza berbanding dengan banyak kes bayi kembar siam lain yang dilahirkan bercantum memandangkan dia hanya mempunyai satu set organ dalam tubuhnya.

Disebabkan terdapat hanya satu jantung, maka adalah cukup mustahil untuk memisahkan dan menyelamatkan kedua-duanya sekali gus, menurut laman akhbar antarabangsa Daily Mail.

Kes seperti ini jarang berlaku dan dipercayai disebabkan oleh mutasi genetik pada awal kehamilan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IndonesiakembarSiam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LTAKK Adakan Latihan Pesawat Terhempas

Next Post

Kes Viral Ibu Hamil Curi Sarung Tangan Bayi Dibebas

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

Kes Viral Ibu Hamil Curi Sarung Tangan Bayi Dibebas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd