• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantu Usahawan Kecil Terokai Pasaran Digital

oleh
28/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANDSKAP keusahawanan mengalami perubahan yang sangat ketara sejak negara berdepan pandemik Covid-19.

Jika dulu platform Facebook, Instagram mahupun Shoppee mungkin agak asing bagi sebilangan usahawan kecil.

Kini Makcik Kiah penjual nasi lemak kampung Chaah Labis memiliki pelbagai akaun media sosial untuk memasarkan produknya.

Makcik Kiah menggunakan aplikasi perkhidmatan penghantaran untuk ‘deliver’ nasi lemak kepada pelanggan.

Makcik Kiah tidak lagi 100 peratus bergantung kepada jualan di gerai kecilnya kerana Makcik Kiah telah ‘up to date’.

Makcik Kiah tidak lagi perlu lama-lama berpanas dan berhujan menunggu di bahu jalan supaya pelanggan datang dan membeli.

Situasi sama pernah digambarkan dalam iklan perkhidmatan komunikasi beberapa bulan lalu.

Seperti orang lain Makcik Kiah juga bimbang akan keselamatannya jika terlalu ramai pelanggan datang ke gerainya pada satu-satu masa.

Pelanggan Makcik Kiah pun takut untuk keluar membeli nasi lemak Makcik Kiah sebab bimbangkan pandemik Covid-19.

Kedua-dua pihak akur penjualan dan pembelian online terjamin lebih selamat maka mereka terpaksa mengadaptasi.

Akhirnya perniagaan secara online menjadi norma baharu dalam perniagaan Makcik Kiah pada hari ini.

Itu kisah perniagaan Makcik Kiah yang berjaya menyesuaikan diri dengan pandemik Covid-19.

Bagaimana pula dengan perniagaan kecil lain yang mungkin masih asing tentang pasaran dalam talian?

Bagaimana pula dengan perniagaan yang terus berpegang pada kaedah konvensional kerana pemiliknya sukar memahami proses e-dagang?

Ini antara cabaran kritikal pihak yang dipertanggungjawabkan membantu mereka iaitu untuk memahamkan, meyakinkan, mengertikan dan mengajar.

Jika 4M ini dapat diterjemahkan kepada setiap usahawan kecil, insyaAllah isu kehilangan pendapatan akibat pandemik sebahagiannya dapat dikurangkan.

Sebagai contoh Program Menjana Ekonomi Digital@Jeli yang diilhamkan oleh Ahli Parlimennya, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 28 Jun tahun lalu.

Program yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu bertujuan memastikan usahawan di peringkat akar umbi di Jeli turut terlibat dalam ekonomi digital.

Seramai 108 peserta termasuk 10 pengurus pusat internet dan 79 peserta Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terlibat dalam program itu.

Mereka telah difahamkan bahawa perniagaan dalam talian yang digalakkan kerajaan merupakan kaedah baharu perniagaan masa kini.

Program itu kemudian diteruskan pada 10 April lalu melibatkan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Universiti Malaysia Kelantan pula.

Kursus berbentuk latihan itu bagi memperkasakan usahawan di Jeli dengan pengetahuan serta kemahiran penggunaan platform perniagaan digital.

Menerusi program itu, peserta mempelajari dan menggunapakai kemahiran digital dalam urusan perniagaan melalui platform pasaran dalam talian.

Langkah itu termasuk ruang niaga di Facebook, menguasai penggunaan platform Shopee seperti fungsi baucer dan Shopee live.

Mengguna pakai Landing Page serta penjenamaan dan menggunakan kaedah e-book dalam pemasaran digital.

Tetapi program itu hanya di Jeli. Kita harap Ahli Parlimen di kawasan lain turut melaksanakan inisiatif sama untuk usahawan kecil di tempat mereka.

Membantu usahawan mikro dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) selari dengan usaha memulihkan ekonomi negara pasca pandemik Covid-19. – Mynewshub.TV

Tags: Digital@JeliECERDCMustapa Mohamedpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kenapa Duit KWAN Digunakan – Najib

Next Post

UPSR Dimansuhkan, PT3 Tahun Ini Batal

Related Posts

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus Pacu Negara Keluar Daripada Pandemik

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong...

Rentas Negeri: Kenderaan Bertambah Tetapi Aliran Trafik Lancar

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Keadaan jalan utama menuju keluar dari ibu kota dalam keadaan terkawal dan tiada aliran trafik luar biasa...

Next Post

UPSR Dimansuhkan, PT3 Tahun Ini Batal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd