Bank Negara Rendahkan OPR Kepada 2.50%

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.

Dengan itu, kadar aras tertinggi dan terendah bagi OPR masing-masing diturunkan kepada 2.75 peratus dan 2.25 peratus.

Bank pusat berkata, pengurangan dalam OPR bertujuan untuk menyediakan persekitaran monetari yang lebih akomodatif bagi menyokong jangkaan pertumbuhan ekonomi yang bertambah baik dalam keadaan harga yang stabil.

“MPC akan terus memantau dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan domestik dan inflasi,” katanya dalam satu kenyataan. – BH Online

Loading...