Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Tengku Abdullah Sah Dimasyhurkan...

RASMI... Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah disahkkan bakal dilantik sebagai...

Israel Tinggalkan UNESCO Sebab...

PARIS - Israel mengumumkan turut menarik diri daripada agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan...

Konspirasi Pemborong: Sabotaj Terbesar...

ANDA tahu apa rehearsal terbesar yang telah dan sedang dijalankan dalam menjadikan kempen...

Panduan Keselamatan Elektrik Semasa...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna agar sentiasa mengambil...

Bakal Doktor Buka Restoran Sajian Korea Di Kulim

KULIM – Seorang bakal doktor wanita menarik perhatian ramai apabila membuka sebuah restoran yang menjajikan sepenuhnya hidangan Korea Selatan di sini walaupun beliau tidak pernah mengunjungi negara K-Pop itu.

Maryati Qibtiyah Adnan, 26, membuktikan bahawa hobi memasak yang dipupuknya selepas menonton rancangan masakan Korea Selatan, dapat membuka laluan kepadanya untuk membuka ‘Uri Jeju Korean Food Restaurant’ di Taman Semarak di sini.

Gadis itu, yang pernah melanjutkan pelajaran tiga tahun di Mesir sebelum beralih ke UCSI Terengganu susulan konflik di negara itu, berkata beliau mempelajari ramuan makanan Korea Selatan hanya melalui laman YouTube.

“Tidak dinafikan, memang ada orang pelik sebab saya tidak masak hidangan Timur Tengah memandangkan saya pernah tinggal di sana. Tetapi bagi saya, paling penting kita buat apa yang minat dan lagi pun, saya memang penggemar makanan Korea Selatan.

“Ketika di Mesir pun, saya sering menghasilkan Gimbab kerana makanan jenis ini mudah dan ringkas disediakan,” katanya ketika ditemui pemberita di restorannya hari ini.

Maryati Qibtiyah berkata beliau membuka restoran masakan Korea Selatan di Kulim kerana adanya permintaan tinggi daripada penggemar makanan berkenaan di sekitar daerah ini.

Pada mulanya, beliau berniaga dari rumah sejak September lepas dengan menjual Gimbab secara penghantaran untuk mengisi masa terluang sementara menunggu panggilan menjalani latihan perubatan.

Kini, anak sulung dari lima beradik itu berjaya menguruskan restoran yang mampu memuatkan 20 pelanggan pada satu masa.

Sebagai permulaan, katanya, restoran itu menyediakan menu Tteobokki, Gimbab, Bibimbab, Rabokki, Jjajangmyeon, Dakganjeong dan Yangnyeom Tongdak di samping hidangan sampingan seperti Kimchi dan jeruk lobak putih.


“Saya berpuas hati kerana makanan tersebut mendapat maklum balas yang positif. Walaupun belajar dari YouTube, rata-rata pelanggan yang sudah biasa dengan makanan Korea Selatan memberitahu bahawa rasanya sama seperti di negara itu. Pun begitu, saya tetap melakukan sedikit penyesuaian bagi memenuhi citarasa pelanggan tempatan,” katanya.

Maryati Qibtiyah berkata beliau kini mampu menguasai sebahagian besar pembuatan pes yang digunakan dalam menu masakannya.

“Memang agak sukar untuk mendapatkan bahan mentah dan pes bagi masakan Korea Selatan kerana tempat paling dekat bagi mendapatkanya adalah di Pulau Pinang dan ejen di Kuala Lumpur. Jadi, saya ambil pendekatan, belajar sendiri buat pes tersebut,” katanya.

Beliau turut bercadang membotolkan Kimchi bagi pasaran tempatan dan luar Kulim terutama di Pulau Pinang dan Sungai Petani serta merancang menambah menu pada masa hadapan termasuk pencuci mulut di restorannya itu.

“Setiap kali buat penghantaran ke daerah-daerah ini, pelanggan akan tanya tentang Kimchi dan dari situ, saya nampak potensi untuk menjualnya secara botol pada masa terdekat ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori