Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Disaran Jihad Tangani...

KUALA LUMPUR - Seorang Anggota Parlimen hari ini menyarankan kerajaan supaya melaksanakan jihad...

NS Lancar Tabung, Misi...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan melancarkan ‘Tabung dan Misi Kemanusiaan Kerajaan Negeri Sembilan...

PR1MA: Pemaju, Kontraktor Bumiputera...

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendakwa pemaju dan kontraktor Bumiputera...

Honor 7 Akan Hadir...

HONOR Malaysia baru-baru ini mengemaskini laman sosial mereka, dan memperlihatkan telefon pintar terbaru...

Bajet Hambar, Tiada Banyak Khabar Gembira

BOSAN… Tidak ada sebarang strategi untuk rancak pertumbuhan ekonomi negara disebut dalam Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat, hari ini.

Malahan menurut Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, banyak perkara yang baik sebenarnya telah pun disambung semula ataupun diambil daripada pengumuman awal kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Paling ketara ujar Khairy, Belanjawan 2019 yang dibentangkan julung kali oleh Setiausaha Agung DAP itu juga tidak banyak ‘touch point’ atau perkara besar yang dikhususkan untuk rakyat marhaen terutama nelayan dan petani.

“Sebagai contoh, Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah jauh kurang daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kita janjikan walhal BR1M kalau menang BN (Barisan Nasional) hari itu, kita ada janjikan sehingga RM2,000.

“Ini paling banyak pun dia dapat RM1,450 di bawah konon formula yang baharu. Jadi banyak touch point yang langsung tidak ada. Berbeza dengan dokumen inisiatif ekonomi rakyat BN yang kita bentangkan semalam.

“Ia menyentuh semua segmen di mana tidak ada satu golongan pun yang ketinggalan,” kata Khairy yang juga pegang jawatan menteri kewangan kerajaan bayangan BN ketika ditemui pihak media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad menyifatkan Bajet 2019 yang dibentangkan buat pertama kali oleh kerajaan PH tidak boeh dianggap sebagai eksklusif kerana asas bajet itu adalah daripada kerajaan terdahulu.

Justeru beliau dalam nada sinis berkata bahawa adalah amat mustahil bagi sebuah kerajaan yang baharu sahaja berusia lima bulan untuk membuat bajet eksklusif dan kemudian ‘mendakwa’ pula konon itu adalah hak mereka.

“Mana-mana peralihan kerajaan di negara apa sekalipun, perkara ini akan berlaku. Kita (rakyat) hanya boleh nampak perubahan (bajet) itu selepas dua atau tiga tahun daripada tindakan-tindakan mereka sendiri.

“Cuma bajet yang mereka bentangkan adalah untuk mengurangkan keberhutangan dan bajet ini sama seperti terdahulu, bajet defisit. Itu perkara biasa, kalau PH buat bajet surplus, itu agak luar tabi’i,” sindir Abdul Latiff.

Tambahnya, tiada perkara baharu yang ketara melalui bajet malah keupayaan PH mengutip cukai juga berkurangan kerana tidak boleh merangsang ekonomi untuk memacu pertumbuhan lebih tinggi.


“Cukai diambil daripada orang yang gajinya lebih, tetapi kerajaan PH masih belum keluar dari kepompong, masih bergantung kepada orang yang perlu membayar cukai pendapatan hanya dua juta orang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Hamzah yang juga mantan menteri kewangan berkata, beliau mengharapkan ada pembaharuan daripada bajet kali ini, namun agak hampa.

“Tiada pembaharuan yang dibentangkan. Mereka (PH) hanya menyalahkan orang lain dan gelar (BN) sebagai penyangak. Itu selalu dibuat mereka,” kata beliau ringkas ketika ditemui media.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan pembentangan oleh Guan Eng sebagai amat membosankan sehingga beliau membuat keputusan untuk keluar lebih awal daripada dewan.

“Saya tidak nampak pun bajet baharu. Yang ada dia tukar nama dan selebihnya adalah kesinambungan program BN yang dulu. Dulu janji PTPTN konon jika PH menang sahaja percuma, sekarang mandatori lagi kena bayar balik.

“Gaji RM1,000 pun kena potong dua peratus. Ini peminjam PTPTN kena ingat. Untuk Sabah sama sahaja program, tidak ada yang baru… tidak ada apa yang lebih. Apa yang kerajaan BN dulu laksanakan sama juga dilaksanakan.

“Lebih kurang ciplaklah..tidak ada yang baru. Dia punya wakil rakyat pun banyak yang mengantuk,” kata Bung Moktar dalam nada sindiran terhadap reaksi keadaan ahli-ahli parlimen PH sendiri. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori