Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wong Kecewa Bekalan Elektrik...

SIBU – Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh melahirkan rasa...

Undur Selepas 22 Tahun,...

UMURNYA baru 68 tahun dan secara relatif dianggap masih muda dalam industri bola...

Jawatankuasa Fatwa Pahang Haramkan...

JERANTUT - Jawatankuasa Fatwa Pahang membuat ketetapan bahawa penggunaan rokok elektrik ataupun vape...

Kerajaan Digesa Segera Larang...

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadangkan untuk mempercepatkan larangan penggunaan plastik sekali guna dalam...

Azman Jawab Azmin Isu Khazanah Rugi

CERAH… Bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar mula jelas secara terperinci dua isu pelaburan Khazanah yang mendapat liputan meluas media baru-baru ini.

Menerusi notanya setebal lima muka surat disiarkan media hari ini, beliau menyentuh pelaburan sya­rikat e-dagang pakaian dalam wanita, Zivame di India yang diperbesarkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Azman ber­kata, Khazanah melihat ia da­lam pelbagai faktor asas yang ku­kuh terutama pasaran di negara tersebut yang mempunyai lebih satu bilion pengguna dengan separuh daripada penduduk India adalah wanita.

Menurut beliau, golongan lelaki di negara berkenaan mendominasi sektor peruncitan secara fizikal sekali gus beri pengalaman buruk kepada golongan wa­nita untuk beli waima pakaian dalam diri sendiri.

Namun dengan peningkatan dalam pendapatan, kadar penembusan mu­dah alih serta peningkatan penggunaan internet menjadikan ia peluang untuk kaum Hawa dapat membeli-belah dalam talian.

“Kami labur kira-kira AS$19 juta (RM80 juta) untuk kepenti­ngan 22 peratus dan pada Disember lalu, kami putus menyediakan sepenuhnya akaun 2017 sebagai langkah konservatif seperti dilakukan dalam pelaburan teknologi.

“Bagaimanapun, Zivame kekal menjadi kebimbangan dan sebenarnya baru sahaja mencatat suku terbaik tetapi kami tetap yakin ia akan pulih dalam jangka masa se­derhana atau hampir kesemua yang kami usahakan.’’ kata Azman.

Beliau memberitahu, dalam apa jua keadaan, seperti penilaian keseluruhan pelaburan perlu lihat dalam perspektif yang ada risiko sama di India bagi sektor pengguna dalam syarikat daripada jual cat rumah hinggalah barang kemas.

“Ia di bawah apa yang dipanggil sebagai Projek Bilion untuk menjana lebih RM1 bilion hasil direalisasikan tetapi tidak dapat direali­sa­sikan sehingga kini,” jelas Azman.

Pada masa sama katanya, di Ali­baba sahaja, satu lagi syarikat e-dagang dalam talian dimiliki Khazanah mencatat laba lebih RM6 bilion dan ia sebenarnya keuntungan untuk biayai ban­yak pelaburan teknologi termasuk di Zivame.

Azman merujuk kenyataan Azmin di Parlimen yang cuba timbul persoalan mengenai polisi pelaburan Kha­zanah yang konon jauh da­ri­pada landasan termasuk la­bur sebanyak RM80.9 juta dalam syarikat pakaian dalam.

Ia didakwa menjadi sebab kerajaan merasakan keada­an di Khazanah perlu diperbetulkan. Selain pelaburan tersebut, Azmin mendakwa konon Kha­­­zanah turut berdepan dengan satu lagi pelaburan yang menimbulkan tanda tanya.

Awal minggu ini, akhbar Singa­pura, The Straits Times mela­porkan Khazanah pernah laksana strategi pelaburan rahsia diberi kod nama Operasi Twist pada pertengahan 2008 me­libatkan pel­bagai portfolio pela­buran di Eropah.

Ia dengan mele­takkan wang sebanyak RM3 bilion kepada Luq­man Arnold yang merupakan bekas jurubank UBS melalui kumpulan pelaburan beliau iaitu Olivant yang menguruskan pela­buran bernilai tinggi di benua tersebut.

Operasi Twist berubah kepada Operasi Merah yang kemudian ambil alih kira-kira 2.6 peratus kepentingan dalam UBS yang mana Oli­vant dan Santander Bank da­ri Sepanyol meru­pakan rakan pe­la­buran berkenaan.


Namun perjanjian itu gagal berikutan Lehman Bro­thers diisytihar muflis pa­da hujung 2008. Kese­luruhan pegangan dalam UBS te­lah diurus bank berke­naan mengakibatkan Khazanah kehilangan pelaburannya bernilai RM3 bilion.

Mengenai isu UBS tersebut, Azman menjelaskan bahawa pelaburan dalam UBS menerusi Olivant hanya melibatkan kerugian berjumlah RM1.7 bilion dan bukannya berjumlah RM3 bi­lion seperti dilaporkan sebelum ini.

Katanya, peruntukan dan kerugian diiktiraf adalah sejajar dengan piawaian perakaunan dan standard berhemah walaupun pada satu tahap capai 97 peratus peruntukan yang dibuat melibatkan pelaburan berjumlah RM3.6 bilion.

“Menerusi kerja pemulihan yang teliti, lebih separuh atau 53.5 peratus daripada nilai pelaburan atau RM1.9 bilion telah dipulihkan. Kajian semula dalaman dijalankan oleh ahli lembaga bebas dengan input daripada KPMG.

“Ia dapati kes itu jelas tiada salah laku dan proses pelaburan serta kelulusan daripada ahli lembaga telah dipatuhi,” katanya dalam nota berkenaan. Azman menjelaskan, faktor pen­ting kerugian tersebut adalah akibat kecuaian.

Juga pela­nggaran perjanjian pemegang saham oleh pengurus dana, Olivant. Perkara berkaitan yang perlu diperhati adalah ia merupakan kes undang-undang, klausa kerahsiaan yang ikat secara sah membataskan jumlah pendedahan awam yang boleh dilakukan.

“Walaupun demikian, klausa kerahsiaan membantu memudah­kan proses pemulihan yang teratur. Sekalipun, kerugian itu secara dasarnya adalah besar, ia dilakukan sebagai sebahagian daripada operasi pelaburan.

“Kebiasaannya ia tertakluk kepada risiko pelaburan yang mana dalam kes ini, SWF mengalami kerugian lebih besar berbanding kami yang membuat pelaburan dalam saham perbankan global,” jelasnya.

Menurutnya, perkara itu juga perlu dilihat dan dinilai dalam kon­teks keseluruhan prestasi port­­folio pelaburan dengan lebih daripada RM82 bilion keuntungan bersih dicatatkan dalam tempoh sembilan tahun mulai 2008 hingga 2017 (RM33.7 bilion Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) dicatatkan pada Disember 2008 kepada RM115.6 bilion pada Disember 2017).

“Sebenarnya, seperti yang telah saya katakan dalam dialog bersama kakitangan baru-baru ini, perlu diperhatikan bahawa jumlah keuntungan kami sepanjang tempoh ini adalah kira-kira RM100 bilion dengan 10 syarikat teratas mencatat keuntungan sebanyak RM92 bilion manakala 10 syarikat yang mencatat kerugian terbesar berjumlah kira-kira RM19 bilion (Malaysia Airlines Berhad (MAB) atau dahulu MAS sahaja pada RM8.4 bilion diikuti Silterra pada RM5.5 bilion dan Olivant berada di tempat ketiga pada RM1.7 bilion.

“Dalam terma pelaburan, ini bermakna keuntungan kami me­le­­bihi jumlah kerugian dengan faktor 5:1. Dalam istilah bola se­pak, ia seperti memenangi permainan dengan jaringan 5-1,” tambah Azman. – Agensi/Myewshub.TV

Kategori