AS Turunkan Kadar Faedah Hampir Sifar

WASHINGTON – Amerika Syarikat telah mengurangkan kadar faedah kepada hampir sifar dan melancarkan pakej rangsangan ekonomi bernilai AS$700 bilion dalam usaha melindungi ekonomi negara ini daripada impak koronavirus.

Ketika mengumumkan perkara itu, Rizab Persekutuan berkata, wabak Covid-19 telah menjejaskan komuniti dan menganggu aktiviti ekonomi di kebanyakan negara.

Pengerusi Rizab Persekutuan, Jeroma Powell dijangka mengadakan sidang media pada hari Ahad.

Presiden Donald Trump berkata, tindakan Rizab Persekutuan itu membuatnya berasa gembira.

Kadar faedah dikurangkan oleh Rizab Persekutuan dari 0% hingga 0.25%, dan akan membeli bon –  satu langkah memastikan kecairan wang berada dalam ekonomi.

Bank Pusat itu telah mengurangkan kadar faedah sebanyak setengah mata peratusan selepas mesyuarat kecemasan pada 3 Mac lalu.

Ia adalah penurunan kadar pertama di luar mesyuarat polisi yang kerap dijadualkan sejak krisis kewangan pada tahun 2008.

Pasaran saham telah menjunam beberapa hari kebelakangan ini di tengah-tengah kebimbangan kelumpuhan ekonomi yang akan menghapuskan keuntungan korporat dan mencetuskan kemelesetan global. – Agensi

Loading...