• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Larang Solat Jemaah Dan Jumaat

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan dataran Masjidil Haram di Makkah dan Madinah dalam usaha membendung penyebaran COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

“Ketua dan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan memutuskan untuk tidak membenarkan jemaah berada di dataran di luar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, bermula hari ini,” agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA memetik kenyataan Hani bin Haider, jurucakap Ketua Pengarah Alharamain di Madinah.

Sebelum ini, Arab Saudi menggantung semua solat jemaah di masjid lain di negara itu kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Setakat ini, negara itu melaporkan sebanyak 274 kes yang disahkan positif COVID-19.

COVID-19 bermula di Wuhan, China pada Disember lalu dan sudah merebak ke sekurang-kurangnya 160 negara dan wilayah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan ia sudah menjadi wabak pandemik.

Sejumlah 242,721 kes direkodkan di seluruh dunia manakala angka korban sudah melebihi 9,860 dengan lebih 85,600 pesakit sembuh, menurut data yang dikumpulkan Universiti John Hospkin di Amerika Syarikat. – Reuters

Tags: Arab SaudiMadinahMakkahsolat jemaahsolat Jumaat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Minta Pihak Berkuasa Siasat Ahli Parlimen Persoal Premis Tutup Ketika Solat Jumaat

PMX Anwar Minta Pihak Berkuasa Siasat Ahli Parlimen Persoal Premis Tutup Ketika Solat Jumaat

24/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa diminta menyiasat seorang Ahli Parlimen yang didakwa membuat kenyataan menggugat sensitiviti keagamaan ketika mengunjungi Terengganu,...

“Lu Ingat Ini Negeri Lu Punya Ka?” – Afnan Hamimi Bidas DAP Isu Solat Jumaat

“Lu Ingat Ini Negeri Lu Punya Ka?” – Afnan Hamimi Bidas DAP Isu Solat Jumaat

21/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Afnan Hamimi Taib Azamudden membidas Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.