Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Badminton Piala Sudirman: Malaysia...

Pasukan muda negara terus menceriakan seluruh peminat badminton negara awal pagi ini apabila mereka berjaya menundukkan Indonesia, untuk melangkah ke saingan separuh akhir Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.

“Jangan Lihat Saya Pelawak...

PETALING JAYA - Pelawak Nabil Ahmad meminta orang ramai tidak melihat konsep jenaka...

Terpancar Sinar Kegembiraan Di...

KELIHATAN seorang pelajar khusyuk membasahkan bibir dengan alunan zikir di suatu sudut ruang...

Bekas Miss England Letak...

BEKAS ratu cantik Miss England yang digelar 'Combat Barbie' ketika menyertai pasukan tentera,...

‘Apa Salah Lelaki Jual Produk Kosmetik?’

KUALA LUMPUR – Niat berkongsi tip penjagaan wajah untuk lelaki, namun kecaman pula diterima pelakon dan pengacara, Zoey Rahman.

Luah Zoey, 33, sebaik produk dihasilkan menjengah pasaran, banyak kritikan dan pandangan negatif dilemparkan atas alasan dirinya lelaki tetapi menjual kosmetik.

“Pada zaman sekarang, bukan saja wanita yang mahu menjaga penampilan dan bergaya, sebaliknya lelaki tidak ketinggalan.

“Set kosmetik keluaran saya jika digunakan tidaklah terlalu tebal seperti memakai bedak kompak wanita. Namun, saya lihat, daripada kelompok yang memberi sokongan, ada yang mencemuh dan memberi pandangan negatif hanya disebabkan saya lelaki.

“Hakikatnya, tidak ramai tahu pentingnya menjaga penampilan terutama bagi selebriti,” katanya kepada BH Online.

Ketika ini, Zoey mempromosikan produk penjagaan wajah khusus untuk lelaki, Mika Series yang dikeluarkan sebagai percubaan terjun dalam dunia perniagaan.

Zoey berkata, dia bagaimanapun enggan mempedulikan kritikan orang ramai terutama ‘haters’.


“Saya mahu jadikan kata-kata negatif mereka sebagai pembakar semangat. Saya mahu buktikan apa yang mereka lemparkan itu salah.

“Selain itu, saya mahu sentiasa meningkatkan kualiti produk,” katanya.

Berkongsi perkembangan dunia seni, Zoey berkata, drama lakonannya berjudul Cik Sempurna disiarkan setiap Sabtu dan Ahad menerusi slot Dahlia TV3.

Rabu lalu, Zoey dan beberapa teman artis diumumkan menganggotai Squad Selebriti Shopee di sebuah majlis di ibu negara. Selain Zoey, Siti Sarah, Shuib, Dynas Mokhtar dan Ummi Nazeera turut menyertai skuad itu. – BH Online

Kategori