Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masjid Melayu Lebuh Acheh...

GEORGETOWN - Masjid Melayu Lebuh Acheh, sebuah masjid berusia 207 tahun yang menjadi...

Pelaburan PPBN Demi Masa...

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin percaya pelaburan tinggi dalam Program...

Trafik Lebuh Raya Utama...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dijangka akan...

182 Kes Baharu COVID-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 kembali melonjak ke tiga angka apabila mencatat...

Apa Benda kau Merapu Ni Syed Saddiq?

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq memuat naik satu status di akaun Twitter miliknya yang memberitahu sudah 610,000 orang kehilangan perkerjaan di negara ini.

Tidak dinafikan memang itu berlaku dan jumlah yang kehilangan kerja akan mencapai dua juta orang dalam tahun ini.

Namun cara Syed Saddiq menyampaikan maklumat tersebut seolah-olah kerajaan tidak ambil kisah hal berkenan.

Dengan gaya ahli politik yang gagal, Syed Saddiq juga cuba mengaitkan perlantikan ahli politik ke jawatan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai bukti kerajaan tidak kisah dengan mereka yang kehilangan kerja.

Kononnya kepimpinan negara lebih sibuk dengan jawatan GLC berbanding nasib mereka yang hilang kerja.

Apa yang bekas Ketua Armada yang dibuang pada parti itu lupa sebut ialah kehilangan perkerjaan pada masa kini bukan masalah eksklusif di Malaysia.

Bukan kerana kerajaan tidak cekap atau sibuk bahagi jawatan GLC, tetapi adalah fenomena serata dunia akibat wabak Covid-19.

Iyea, apa yang berlaku adalah disebabkan penyakit itu.

Kuasa ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat menyaksikan jutaan rakyatnya kehilangan kerja, yang tertinggi sejak kemelesetan besar tahun 1930-an.

Malah, Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) meramalkan hampir 1.6 billion orang bakal kehilangan kerja disebabkan pandemik Covid-19.


Bukan kita tidak bersimpati dengan mereka yang menjadi pengangur, tetapi lebih tidak prihatin pihak yang boleh ditafsir mempolitikkan situasi itu dengan gambaran salah semata-mata untuk faedah politik.

Syed Saddiq kalau mahu bercakap pasal kehilangan kerja, cakap la dengan mengambil kira punca utama kehilangan perkerjaan adalah disebabkan oleh Covid-19 dan bukannya sebab kerajaan sibuk bedak jawatan GLC.

Satu dunia sedang berdepan dengan masalah yang sama dan ia bukan isu eksklusif di Malaysia semata-mata.

Dan nak cerita pasal GLC, memang wajar la kepimpinan tertinggi ditukar bila kerajaan berubah.

Itu sesuatu yang normal. Dan dah nama pun syarikat berkaitan kerajaan, milik kerajaan maka wajar la orang politik diletakkan di jawatan yang sepatutnya.

Janji orang politik ni buat kerja dengan jujur dan cekap.

Jangan sabitkan ramai yang hilang kerja akibat Covid-19 dengan keperluan menggantikan kepimpinan tertinggi syarikat GLC apabila kerajaan berubah.

Itu nampak sangat taktik mewujudkan rasa benci kepada kerajaan dengan memainkan sentimen simpati rakyat.

Sebut benda berdasarkan fakta dan bukan untuk score poin politik. – MYNEWSHUB

Kategori