• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen

oleh Ahmad Albab
15/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim sah menjadi Ahli Parlimen Port Dickson (PD) selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, hari ini.

Majlis pada jam 10 pagi itu dimaklumkan turut dihadiri hampir 600 penyokong Anwar yang menyaksikan perjalanan detik bersejarah berkenaan menerusi siaran langsung di luar dewan.

Tepukan gemuruh jelas kedengaran sebaik usai Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Selain kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad, kejayaan ‘langkah PD’ sebagai prasyarat untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri Kelapan turut disaksikan isterinya merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan pewaris kerusi Parlimen Permatang Pauh yang juga anaknya, Nurul Izzah.

Berdasarkan rekod, majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen itu adalah kali ketujuh buat Anwar, sejak kemenangan sulungnya di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1982 dengan menyertai UMNO.

Cengkaman Anwar di Permatang Pauh terus utuh pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1986, 1990, 1995, 2008 dan 2013, masing-masing dengan jumlah majoriti 10,479 undi; 16,150 undi; 23,230 undi; 15,671 undi serta 11,721 undi meskipun dihimpit pelbagai badai politik.

Kemampuan Anwar berentap di pentas politik masih tidak canggung apabila keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) PD, kelmarin menyaksikan bakal Presiden PKR itu memperoleh 31,016 undi diikuti calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, mendapat 7,456 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding menggunakan tiket Bebas pula memperoleh 4,230 undi, manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 82 undi.

Anwar, 71, layak bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson selepas mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu.

PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi itu pada 12 September lalu bagi membolehkan Anwar kembali ke Dewan Rakyat.

Ia adalah sebahagian daripada pelan PH bagi melantik Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

PRK Parlimen Port Dickson adalah PRK keempat diadakan dalam tempoh lima bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berlangsung pada 9 Mei lalu. – BH ONLINE

Tags: angkat sumpahDatuk Seri Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Ibrahim Ziarah Makam Diraja Johor Sempena Hari Hol

Next Post

73 Mangsa Banjir Perak Ditempatkan Di 2 PPS

Related Posts

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat ketika ini serta kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi...

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

31/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan akan terus memberi dorongan dan dukungan kepada semua institut pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam usaha meneroka...

Next Post

73 Mangsa Banjir Perak Ditempatkan Di 2 PPS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd