• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dikejarkan Ke HKL Akibat Tekanan Darah

oleh
20/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini jam 2 petang Selasa.

Menurut kenyataan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, tokoh pembangkang tersebut dimasukkkan ke HKL setelah mengadu masalah tekanan darah kurang stabil namun beliau kini dalam pemantauan pihak doktor.

Anwar, 70, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh dekat sini kerana kesalahan liwat bekas pembantunya, turut memerlukan rawatan fisioterapi intensif akibat kecederaan lama di bahu beliau sendiri.

Ini bukan kali pertama Anwar pernah dimasukkan ke HKL. Pada minggu lalu beliau hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia.

Meskipun tidak berapa sihat, Anwar dilaporkan sempat menggesa semua pihak untuk terus berusaha membawa perubahan tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut apakah bentuk perubahan yang dimaksudkan oleh beliau itu.

Anwar dalam kenyataan tersebut turut mengingatkan pimpinan PKR dan Pakatan Harapan untuk lebih memberi keutamaan kepada isu-isu dihadapi rakyat, termasuk salah tadbir ekonomi yang konon memerlukan penyelesaian.

Pakatan Harapan merupakan blok pembangkang menggantikan Pakatan Rakyat dibubarkan yang hanya disertai DAP, PKR selain serpihan PAS iaitu PAN dan terbaharu serpihan UMNO iaitu PPBM. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Anwar Ibrahimpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd