Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Shila Amzah Rangkul Tiga...

PENYANYI yang bertapak di China, Shila Amzah sekali lagi melakar sejarah indah dalam...

FBI Sahkan Pengganas Paling...

WASHINGTON - Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) mengesahkan hari ini bahawa Zulkifli...

Lelaki Warga Thailand Ditahan...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga Thailand yang dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menghantar...

UMNO Masih Pilihan Rakyat...

KEPALA BATAS - UMNO Pulau Pinang yakin Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kerusi...

Ahli UMNO Akan Putus Zahid Bercuti Atau Undur

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan terus menjadi Presiden UMNO selagi perwakilan parti mahukan beliau memimpin, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Walaupun beliau mengakui bahawa adalah prerogatif Ahmad Zahid untuk tidak mengambil cuti, setiausaha agung Barisan Nasional itu berkata anggota UMNO boleh membuat usul sebagaimana menurut Artikel 9.12 perlembagaan UMNO untuk meminta Presiden berundur.

Artikel 9.12 itu menyebut mana-mana anggota Majlis Tertinggi UMNO, termasuk presiden dan timbalan presiden boleh disingkir atau Majlis Tertinggi boleh dibubarkan oleh perhimpunan agung khas dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga dari jumlah anggota yang berhak hadir.

“Segalanya terpulang kepada beliau (Zahid), pertama sekali memutuskan apa harus dibuat, tetapi anda perlu ingat beliau dipilih oleh perwakilan jadi jika anggota UMNO mahukannya (beliau berundur) mereka boleh mengambil langkah di peringkat akar umbi untuk membuat usul meminta beliau berundur,” kata Nazri ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahmad Zahid sejak dikenakan 45 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram menghadapi desakan supaya beliau bercuti atau berundur sebagai Presiden UMNO. – BERNAMA

Kategori