• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Tentera Maut, Mohamad Sabu Ucap Takziah

oleh Ahmad Albab
28/06/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggotanya yang maut dalam kejadian dihempap pokok ketika mengadakan operasi kawalan sempadan di Hutan Belum, Tasik Banding, Gerik, Perak pada Isnin lepas.

Menterinya, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata beliau telah mengarahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin untuk memberi bantuan kebajikan dan kelayakan-kelayakan yang boleh diperoleh mengikut peraturan sedia ada kepada kepada keluarga mangsa-mangsa berkenaan.

Kejadian itu telah mengorbankan Koperal Mohamad Safuan Hassan dan Allahyarham Lans Koperal Fahrurozi Abd Manaf manakala dua lagi anggotanya cedera dan kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital Gerik.

“Saya selaku Menteri Pertahanan dan seluruh warga Kementerian Pertahanan ingin merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Koperal Mohamad Safuan dan Lans Koperal Fahrurozi dan berharap keluarga mangsa dapat menerima dugaan ini dengan tabah dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Saya juga mendoakan agar anggota yang cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Gerik, Koperal Mohd Haizol Kamsiran dan Renjer William Nisau diberi kesembuhan seperti sediakala,” katanya dalam kenyataan itu.

Kesemua mangsa tersebut adalah daripada Batalion 8 Rejimen Renjer Diraja (8 RRD), Kem Terendak, Melaka dan dijangka menamatkan operasi pada 2 Julai 2018. – BERNAMA

Tags: Anggota TenteraMohamad Sabu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Rendah Pembukaan Berbanding Dolar US

Next Post

7 Akujanji Annuar Jika Lantik Timbalan Presiden UMNO

Related Posts

Anggota Tentera Dipenjara 80 Bulan Sebabkan Kematian Rakan

Anggota Tentera Dipenjara 80 Bulan Sebabkan Kematian Rakan

18/10/2024
0

Tawau : Anggota tentera dihukum penjara 80 bulan serta denda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memandu...

Tiga Anggota Tentera Cedera, Helikopter Mendarat Cemas

Tiga Anggota Tentera Cedera, Helikopter Mendarat Cemas

28/06/2024
0

KLUANG - Seorang pegawai dan dua anggota Tentera Darat Malaysia (ATM) mengalami patah tulang belakang selain luka-luka di bahagian anggota...

Next Post

7 Akujanji Annuar Jika Lantik Timbalan Presiden UMNO

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd