Amnesty International Gesa Kerajaan Lindungi Hak LGBTI

KUALA LUMPUR – Amnesty International Malaysia (AI) hari ini menuntut secara rasmi agar kerajaan baharu negara ini bertindak segera melindungi hak LGBTI.

Tuntutan itu merupakan agenda nombor enam pada lapan agenda hak asasi yang didakwa badan itu perlu diberikan perhatian untuk penambah baikkan oleh kerajaan baharu Malaysia.

“Hubungan seks sejenis dengan kerelaan merupakan kesalahan di bawah Artikel 377 Kanun Keseksaan.

“Kelompok transgender berdepan dengan cabaran menyeluruh akibat undang-undang diskriminasi, serbuan yang disasarkan ke atas pertemuan tertutup, penahanan, pemantauan, dan layanan menghina serta tidak berperi kemanusiaan oleh pihak berkuasa,” kata AI di sini hari ini.

Pihak itu mengeluarkan kenyataan mereka melalui media sosial dalam bentuk info grafik dan penjelasan bertulis.

Gesaan AI itu bagaimanapun mendapat tentangan dan kecaman balas pada netizen.

ANTARA KECAMAN NETIZEN

Selain itu LGBTI, AI juga mengesa penambah baikkan dalam beberapa isu lain di Malaysia antaranya:

  • Kebebasan bersuara
  • Kebebasan berhimpun secara aman
  • Pemansuhan hukuman mati
  • Mencegah penyeksaan dan kematian tahanan
  • Melindungi pelarian dan pecari suaka
  • Mengiktiraf hak orang Asli.