• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Jadi ‘Kuda Tunggangan’ PH?

oleh
22/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN pihak menuduh PAN sebagai kuda tunggangan parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) menunjukkan seolah-olah ada cemburu dengan kejayaan parti itu yang sudah mula dapat sokongan rakyat.

Menyifatkan tuduhan parti itu sebagai perkara biasa, Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata apa yang penting adalah parti itu semakin meningkat naik dengan mencatatkan pertambahan jumlah anggota, membuktikan sokongan rakyat terhadap PAN.

“Walaupun baru tiga tahun ditubuhkan, PAN telah dapat mengumpul lebih 100,000 anggota di seluruh negara dan jumlah itu meningkat dengan pantas selepas PRU ke-14 Mei lalu,” katanya kepada pemberita di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ditemui selepas merasmikan pembukaan pusat pameran dan pusat servis Honda Impian X 2019 di sana.

Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd., Keiichi Yasuda; Pengerusi Boon Siew Honda Sdn. Bhd., Datuk Seri Tan Hui Jing; Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brigedier Jeneral Amer Mahmud Abdul Rahman dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq.

Mohamad yang juga menteri pertahanan berkata paling mengejutkan apabila Kelantan yang menjadi kubu kuat parti PAS merupakan negeri tertinggi menyumbang kepada peningkatan anggota iaitu seramai 5,000 orang sebulan.

“Bulan lepas sahaja kita terima 5,000 keahlian dari Kelantan dengan 40 peratus daripada jumlah berkenaan berasal daripada PAS, manakala bakinya daripada pelbagai parti lain,” katanya.

Katanya PAN sedang berkembang begitu pesat di seluruh negara kerana sebelum PRU14, keanggotaan parti itu dianggarkan kira-kira 80,000 orang tetapi kini jauh melepasi 100,000 orang.

“Kami sedang memacu (parti) dan keahlian bertambah, selain dasar kekal dengan Islam dan bersifat inklusif… Ini juga secara tidak langsung menunjukkan penerimaan rakyat kepada kerajaan PH di mana PAN adalah parti komponen di dalamnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mohamad Sabupakatan harapanParti Amanah Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Pahang Tarik Semula ‘Kenderaan Tular’

Next Post

Wanita Nyaris Maut Kereta Langgar Tembok Parkir

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

05/09/2023
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) dapat menampung permintaan pasaran terhadap...

Next Post

Wanita Nyaris Maut Kereta Langgar Tembok Parkir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd