Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cubaan Seludup Dadah Dalam...

SEPANG - Cubaan tiga warga India untuk menyeludup dadah jenis Metamphetamine ke Malaysia...

Genosid Rohingnya: Ratusan Pelarian...

RATUSAN pelarian etnik Rohingya kini telah berada di Bangladesh dengan membawa kisah menakutkan...

Cubaan Seludup 288kg Sisik...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

Guru Kanak-Kanak Khas Ada...

SEORANG guru pendidikan khas, Chris Ulmer mempunyai cara tersendiri untuk mengajar murid-muridnya iaitu...

Alasan SPR Pilih Lajim Ukin Tidak Masuk Akal

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa memberi alasan yang langsung tidak masuk akal berhubung pelantikan Datuk Lajim Ukin sebagai pemerhati pilihan raya semasa hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan.

Datuk Seri Najib Razak berkata, Pakatan Harapan (PH) boleh buat macam-macam.

“Macam-macam alasan mereka walaupun langsung tak masuk akal,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Najib berkata demikian bagi mengulas kenyataan SPR berhubung pemilihan Lajim sebagai pemerhati pilihan raya.

Dalam kenyataan semalam, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, Lajim dipilih atas kapasiti beliau sebagai ahli Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem Pembaikan dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) dan bukan mewakili parti politik yang dianggotai.

Katanya, seseorang pemerhati perlu menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh badan tersebut antaranya, agensi kerajaan berkelayakan, badan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi berkelayakan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Selain itu, pemerhati juga mestilah warganegara Malaysia yang berkemahiran dan dapat menyumbang kepada penambahbaikan proses pilihan raya di samping melaksanakan aktiviti yang dekat dengan masyarakat.


Pemerhati juga perlu bersikap berkecuali dan mematuhi Kod Etika dan Akujanji Pemerhati Pilihan Raya, kata Azhar.

Namun, pemilihan itu terus dipersoalkan kerana Lajim kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

PPBM ialah parti gabungan yang membentuk Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai oleh DAP dan parti itu pula meletakkan calon untuk bertanding dalam PRK Sandakan. – MalaysiaGazette

Kategori