Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Mahathir Enggan Lepas...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mendakwa beliau...

Video: Sebab Pemandu ‘Selfish’,...

DEGIL dan hanya mementingkan diri sendiri... Itu keadaan yang dapat digambarkan menerusi sebuah video,...

PU Rizz Buat Laporan...

PENCETUS Ummah (PU), Rizz atau namanya Haris Ismail, 24, sudah membuat laporan polis...

Pendaratan Ikan Di Pahang...

KUANTAN - Pendaratan ikan di Pahang mengalami penurunan pendaratan hasil hampir 20 peratus...

Akhbar UK Tuduh ‘Rampasan Kuasa Diraja’ Guling Kerajaan PH

PETALING JAYA – Akhbar British, The Guardian berkata tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan minggu lepas, yang menyaksikan UMNO kembali melalui pakatan pimpinan Muhyiddin Yassin, kerana “rampasan kuasa diraja”.

“Seorang raja gulingkan keputusan pilihan raya demokratik yang mencabar orde lama yang rasuah. Ini salah dan dunia patut menegurnya,” kata editorial akhbar itu.

Katanya, malang sekali UMNO, antara parti yang menyokong blok Muhyiddin dalam gabungan Perikatan Nasional, akan kembali berkuasa kerana “rampasan kuasa diraja yang boleh terjadi kerana megah diri dan perbalahan”.

Akhbar itu berkata keadaan-keadaan yang membawa kepada kejatuhan kerajaan berusia 21 bulan itu menunjukkan bekas perdana menteri, Dr. Mahathir Mohamad “tersalah agak” apabila percaya hanya beliau boleh menyatukan kerajaan dan dengan itu Agong akan melantiknya semula.

“Dalam peristiwa itu, raja ketepikan Mahathir dan membuat keputusan untuk melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri, kerana beliau dapat sokongan majoriti ahli Parlimen,” katanya.

Peletakan jawatan Mahathir pada 24 Februari disusuli dengan partinya keluar PH, meninggalkan kekosongan kuasa di Putrajaya. Tidak lama kemudian pelbagai blok politik berebut-rebut mendapatkan bilangan wakil rakyat bagi meyakinkan Agong bahawa mereka ada sokangan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.


Pada Sabtu, Agong menggunakan kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan kepadanya dengan menamakan Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8, selepas presiden PPBM itu tidak dapat tetap berada dalam barisan Mahathir.

Sementara itu, The Guardian memberi amaran Najib boleh “menggunakan pengaruh” walaupun berdepan pertuduhan rasuah, dan menambah “matlamatnya untuk melepaskan diri”.

Akhbar itu berkata Muhyiddin patut membuktikan dakwaan beliau dapat sokongan majoriti ahli Parlimen, tetapi tidak bersetuju dengan seruan menyeru Parlimen dibubarkan bagi membuka laluan kepada pilihan raya baru.

“Ini akan jadi satu kesilapan, mencipta vakum untuk diisi demagog nasionalis dan agama,” tambahnya. – FMT

Kategori