• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akaun Cucu Najib Ada RM100 Pun Dibeku

oleh
06/07/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEZALIMAN kerajaan Pakatan Harapan (PH) makin terserlah apabila tergamak beku akaun anak dan cucu Datuk Seri Najib Tun Razak konon ada kaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara pelik tapi ajaib itu tular dalam kalangan netizen seluruh dunia selepas didedahkan anak perempuan bekas Perdana Menteri itu, mempersoalkan kewajaran pihak bank membekukan akaun anak lelakinya berusia 10 bulan.

Dalam catatan menerusi laman sosial Facebook milik beliau, Nooryana Najwa Najib memberitahu, akaun anaknya itu hanya ada RM100 dan merupakan duit raya pertama yang diterima si cilik itu pada sambutan Syawal tahun ini.

Beliau dalam status akaun itu semalam juga mempersoalkan sama ada pihak kerajaan baharu pada hari ini sangat berdendam sehingga ingin menyingkirkan kesemua anggota keluarganya hidup sukar tanpa ada wang lagi di bank.

“Apa kaitan duit raya budak kecil dengan penyiasatan 1MDB? Adakah ini Malaysia baharu yang rakyat mahukan?” soal beliau dalam nada cukup kesal sehingga mengejutkan ramai netizen dan turut mengutuk keras kerajaan PH.

Bukan itu sahaja, menurut Nooryana Najwa, akaun peribadi beliau yang digunakan untuk bayar yuran pembelajaran sendiri turut dibekukan setelah beliau ikat jamin bapanya sebanyak RM500,000 di mahkamah pada Rabu lepas.

“Sejurus selepas saya bayar jaminan ayah semalam dengan dana hasil kutipan daripada rakan-rakan dan saudara mara, pihak bank memberitahu mereka menerima arahan untuk membekukan akaun peribadi saya,” jelas beliau.

Ramai natizen mengatakan bahawa tujuan pembekuan akaun kesemua milik anak beranak Najib adalah untuk menggagalkan usaha mereka membayar jaminan tokoh itu pada Isnin ini yang berbaki sebanyak RM500,000.

Ini sekali gus membolehkan Najib dapat ‘disumbat’ dalam lokap ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysa di Putrajaya sehingga tarikh perbicaraan di Mahkamah Kuala Lumpur pada awal Februari tahun depan.

Jika benar niat jahat pihak pentadbiran PH terhadap bekas pemimpin negara itu, ternyata ia memang tindakan amat kejam! Semoga Allah melindungi dan memudahkan segala urusan Najib sekeluarga. Amin. – Mynewshub.TV

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd