• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Diperintah Bayar RM40.73 Juta Kepada MA Sepang

oleh
19/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia membayar caj perkhidmatan penumpang (PSC) belum dibayar sebanyak RM40.73 juta, yang syarikat penerbangan itu enggan kutip selama enam bulan tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) berkata AirAsia juga perlu membayar RM792,381 bagi caj pembayaran lewat (LPC) belum dibayar kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. (MA Sepang), anak syarikat milik penuh MAHB.

“Mahkamah memberikan ringkasan penghakiman yang berpihak kepada MA Sepang dalam ketiga-tiga saman sivil difailkan terhadap AirAsia Bhd. dan AirAsia X Bhd.

“Perintah selanjutnya dalam ringkasan penghakiman itu termasuk perisytiharan bagi AirAsia membayar MA Sepang kadar PSC yang telah diwartakan,” katanya.

Dilaporkan AirAsia juga diperintahkan membayar kos sebanyak RM24,000 untuk tiga saman tersebut.

Sementara itu, AirAsia, dalam makluman berasingan berkata, mahkamah telah membenarkan permohonan penghakiman difailkan oleh MA Sepang pada kos RM8,000 bagi setiap permohonan dan menolak permohonan AirAsia X untuk membatalkan permohonan itu tanpa mengeluarkan perintah berhubung kos.

“Kami akan mengambil tindakan perlu untuk memelihara kepentingan kami, termasuk merayu terhadap keputusan itu dan memohon penangguhan pelaksanaan perintah,” kata syarikat penerbangan itu.

Tags: AirAsiacaj perkhidmatan penumpangma sepang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

39 Pelajar Dari 5 Sekolah Pasir Gudang Sesak Nafas, Muntah

Next Post

Mukhriz Jual 72,600 Saham Dalam Opcom

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

Next Post

Mukhriz Jual 72,600 Saham Dalam Opcom

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd