• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Percuma Tidak Mampan Jika Diberi Kepada Semua – MB

oleh
05/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dijangka tanggung kos lebih RM200 juta tahun depan sekiranya program air percuma terus diberikan kepada semua golongan, justeru pelaksanaannya dilihat tidak mampan, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Beliau berkata kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan program itu meningkat dari tahun ke tahun sejak dilaksanakan pada Jun 2008.

Sejak dilaksanakan hingga Oktober lepas, kerajaan negeri telah membelanjakan RM1.6 bilion untuk program itu, katanya ketika menjawab soalan Lee Kee Hiong (PH-Kuala Kubu Bharu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

“Bagi 2008, kerajaan negeri membelanjakan RM68 juta, sebanyak RM131 juta dibelanjakan pada 2009, bagi 2014 sebanyak RM167 juta, sebanyak RM179 juta (2016) dan pada 2017 sebanyak RM187 juta.

“Jika ia diteruskan pada 2019 kosnya akan melebihi RM200 juta, iaitu kira-kira 10 peratus daripada belanjawan kerajaan negeri dan ia tidak sustainable,” katanya.

Lee ingin tahu mengenai kos pemberian air percuma yang dilaksanakan di Selangor.

Pembentangan Belanjawan Selangor 2019 pada 23 Nov lepas memperuntukkan program air percuma hanya diberi kepada golongan B40 bagi memenuhi matlamat asal program untuk meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan itu dan kadar pemberiannya juga dinaikkan daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu sebulan.

Amirudin ketika membentangkan belanjawan itu berkata, peningkatan jumlah penduduk di Selangor menjadi punca skim pemberian air percuma hanya diberikan kepada golongan B40. – BERNAMA

Tags: Amirudin Shari
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Reaksi Positif, Adib Dijangka Kahwin Hujung Bulan Ini

Next Post

Paru-Paru Kiri Muhammad Adib Tunjuk Tanda Pulih

Related Posts

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

03/09/2023
0

Johor Bahru : Pengundi di Parlimen Pulai diingatkan untuk mengambil pengajaran yang berlaku di Selangor apabila kehilangan majoriti dua pertiga...

MB Selangor Saman MB Kedah

MB Selangor Saman MB Kedah

04/08/2023
0

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang...

Next Post

Paru-Paru Kiri Muhammad Adib Tunjuk Tanda Pulih

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd