• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ainul Mardhiah Belum Boleh Pulang

oleh
11/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 10 bulan, terpaksa membatalkan kepulangan ke tanah air selepas bayi istimewa itu didapati tidak sihat.

Memetik hantaran dalam Instagram milik Nurul Erwani Zaidi, 24, berkata anaknya tidak boleh dibawa pulang lagi kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan berada di dalam kapal terbang.

Menurutnya, Ainul sepatutnya dibenarkan pulang ke Malaysia pada 8 Julai jam 9.30 malam waktu London dan dijangka tiba ke Malaysia pada 9 Julai jam 5.30 petang waktu Malaysia.

Sebelum itu segala persiapan telah dilakukan dan doktor merawat Ainul pada 5 Julai telah membenarkan Ainul pulang ke Malaysia.

“Saya memohon agar semua pihak mendoakan Ainul segera sembuh dan kuat.

“Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk Ainul,” katanya.

Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut di sebuah Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu.

Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta itu, berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof. David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri.

Tags: Ainul Mardhiahketumbuhanpembedahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suspek Utama Kes Penipuan Umrah Murah Ditahan

Next Post

MotoGP: Binder Ganti Hafizh Syahrin, Musim Hadapan

Related Posts

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan – Isteri

15/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,...

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

13/03/2023
0

SINGAPURA - Selebriti Malaysia, Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam Ahad selamat menjalani...

Next Post

MotoGP: Binder Ganti Hafizh Syahrin, Musim Hadapan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd