• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Titah Rakyat Hayati Prinsip Rukun Negara

oleh
10/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua rakyat agar menghayati prinsip Rukun Negara bagi pemangkin semangat patriotisme dalam masyarakat.

Al-Sultan Abdullah menegaskan bahawa prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan panduan kepada perilaku rakyat Malaysia yang diasaskan daripada acuan budaya dan ajaran tempatan.

Baginda bertitah, ia menekankan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan serta mengingatkan masyarakat agar sentiasa mensyukuri nikmat kurniaan ALLAH SWT.

“Ia juga menuntut untuk sentiasa berlaku adil dalam mendaulatkan undang-undang, lebih penting lagi Rukun Negara memartabatkan kedudukan raja, negara dan Perlembagaan.

“Hakikatnya, raja merupakan raja kepada semua kaum tanpa mengira agama, bangsa, status sosial dan pegangan politik,” titah Seri Paduka dalam program Wacana Diraja Islam Agama Rahmah Raja Berperlembagaan dan Patriotisme di Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada jam 10.50 pagi disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah bertitah, bahawa peranan raja sebagai mekanisme penyatuan dan pencetus semangat patriotisme adalah sangat unik dan sentiasa relevan dalam demografi kepelbagaian di negara kita.

“Apabila negara berhadapan dengan isu-isi yang berkepentingan kepada rakyat, peranan institusi Raja-raja Melayu adalah amat besar dalam menzahirkan pandangan, menegur, melunakkan keadaan dan menawarkan pedoman.

“Justeru, raja adalah mahkota negara dan menjadi pelindung kepada rakyat jelata,” titah baginda.

Seri Paduka turut mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mensyukuri fitrah masyarakat majmuk yang diciptakan Tuhan Yang Maha Esa.

Titah baginda, rakyat tidak seharusnya mengadu domba dengan isu yang boleh membawa persengketaan dan permusuhan.

“Sebaliknya, berpeganglah kepada ajaran agama. Hayatilah prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi kebangsaan.

“Hormatilah keluhuran Perlembagaan yang menjadi asas kepada pembentukan negara yang kita cintai ini,” titah Seri Paduka.

Tags: Al-Sultan AbdullahPerlembagaanrukun negaraYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjualan Aset Khazanah Bukan Untuk Bayar Hutang Kerajaan

Next Post

Penguatkuasaan Undi 18 Tahun Selewat-Lewatnya Julai 2021

Related Posts

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

13/01/2025
0

KOTA TINGGI: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini melawat mangsa banjir di daerah ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post

Penguatkuasaan Undi 18 Tahun Selewat-Lewatnya Julai 2021

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd