• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Kurnia Darjah Kebesaran, Pingat Kepada 243 Individu

oleh
12/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 kepada 243 individu pada istiadat yang berlangsung di Istana Melawati di sini.

Turut berangkat pada istiadat berkenaan ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Lima individu dianugerahkan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim; Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin.

Turut dianugerahkan PJN ialah Pengarah Strategik Kumpulan Lion, Datuk Chandran Rama Muthy dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kop Mantap Bhd, Datuk Iskandar Abdul Malik.

Tiga individu dianugerahkan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Osman; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Engku Hamzah Tuan Mat yang meninggal dunia pada 29 September lepas.

Darjah PSD yang dianugerahkan kepada Allahyarham Engku Hamzah diterima oleh balunya, Datin Rohana Che Hassan.

Lima individu termasuk Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor dianugerahkan Darjah Johan Mangku Negara.

Lapan individu dikurniakan Darjah Johan Setia Mahkota manakala seorang dianugerahkan Johan Setia DiRaja.

Seramai 40 individu dianugerahkan Darjah Kesatria Mangku Negara termasuk Pengurus Kanan Kewangan dan Pentadbiran dan juga Pemangku Ketua Modal Insan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Sharifah Zaini Syed Zain.

Lima individu menerima Darjah Kesatria Setia Diraja, 52 individu menerima Darjah Ahli Mangku Negara, manakala penerima Pingat Pangkuan Negara ialah seramai 77 orang, dan penerima Pingat Bentara Setia Diraja pula ialah seramai 47 orang.

Tags: Al-Sultan Abdullahbintang dan pingatdarjah kebesaranYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pegawai Khas ADUN DAP Dihukum Penjara Kerana Mencabul

Next Post

KPDNHEP Syor Syarikat Minyak Turun Harga Produk Petroleum

Related Posts

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

13/01/2025
0

KOTA TINGGI: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini melawat mangsa banjir di daerah ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post

KPDNHEP Syor Syarikat Minyak Turun Harga Produk Petroleum

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd