• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Jamu Petugas Media Masakan Patin Tempoyak

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jika dua hari sebelum ini Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjamu petugas media dengan makanan segera KFC dan McDonald’s, hari ini lebih istimewa apabila baginda perkenan mengurniakan nasi berlauk ikan patin masak tempoyak, yang dibawa khas dari Temerloh untuk jamuan tengah hari.

Sumbangan disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dari Restoran Temerloh Catering, Temerloh, Pahang. 

Lebih istimewa petugas media turut berpeluang merasai biskut hasil air tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selain itu sebuah van Milo dan Nescafe turut disediakan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membekalkan air milo kepada pengamal media di sini, yang bertugas di bawah sinaran terik matahari, sejak 9 pagi lagi.

Keprihatinan yang ditunjukkan Al-Sultan Abdullah sebelum ini dijadikan contoh, apabila banyak syarikat korporat hari ini tampil memberikan sumbangan makanan serta barangan keperluan termasuk payung, power bank dan hand sanitizer, kepada media yang telah berkampung di Istana Negara, menyebabkan rezeki melimpah ruah dan tidak putus-putus sehingga petang ini.

Antara yang turut memberi sumbangan seperti Hausboom, 100Plus, Nescafe, Saji serta Federation of Investment Managers Malaysia, Marrybrown, Giant, Nestle, San Francisco Coffe, Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hari ini seramai 131 daripada 222 Ahli Dewan Rakyat yang dititahkan Seri Paduka untuk  menghadiri sesi menghadap dan temu bual dengan baginda, susulan perkembangan terkini situasi politik di Malaysia.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap 90 Ahli Parlimen bagi mendengar sendiri pandangan mereka dan menentukan sokongan kepada pihak tertentu bagi membentuk kerajaan baharu.

Tags: Al-Sultan AbdullahIkan Patin Masak TempoyakYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd