Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Pemancing Dilaporkan Hilang...

KOTA KINABALU - Tiga pemancing dilaporkan hilang selepas keluar memancing di sekitar perairan...

Peniaga Dipenjara Lima Minggu...

KUANTAN - Seorang peniaga dihukum penjara lima minggu oleh Mahkamah Majistret di sini...

VIDEO: Obses Ber’Selfie’,Tak Sedar...

ERA digital kini ibaratnya seperti pedang bermata dua. Sesiapa yang mempunyai telefon bimbit...

KKMM Kaji Internet Jalur...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM) sedang mengkaji untuk menyediakan Internet jalur...

Adam PKR ‘Sembunyi’ Aset Kekayaan Selepas Kontroversi

SELEPAS pendedahan kontroversi mengenai kemewahan hartanya terbongkar, Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly nampaknya terus ‘sorok’ gambar kereta dan rumahnya menerusi laman sosial.

Jika sebelum ini, pegawai khas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tidak ‘segan’ menayangkan segala kekayaannya melalui media sosial dengan memuat naik gambar kereta dan kediaman mewahnya untuk tontonan umum.

BACA INI: Jamal Mahu Ketua AMK PKR Jelas Isu Banglo RM7 Juta

Wahal menerusi akaun Instagramnya, Adam, 28, pernah berbangga mempamerkan gambar aset mewah kediamannya yang baharu diubah suai di Putrajaya pada September tahun lalu.

 Adam PKR 'Sembunyi' Kekayaan Selepas Kontroversi
Rumah ‘kedua’ Adam Rosly di Putrajaya

Dengan kapsyen “Alhamdulillah, kerja-kerja pengubahsuaian rumah saya selesai. #ThanksAllah“, Adam menjelaskan rumah banglo dua tingkat itu adalah rumah keduanya.

Adam juga sempat lagi memuat naik keadaan di ruang tamu banglonya yang dilengkapi perabot moden dan sofa besar dengan rekaan berbentuk L.

Tahun lalu juga, beliau teruja memuat naik gambar banglo dua tingkat yang dimilikinya di kawasan Ampang Saujana Elite, Selangor.

 Adam PKR 'Sembunyi' Kekayaan Selepas Kontroversi
Rumah dipercayai milik Adam Rosly di Ampang Saujana Elite

Family Gathering 2015 di rumah. Alhamdulilah selesai sudah #ResepsiAdamPuteri #RumahkuSyurgaku,” menurut keterangan gambar berkenaan.


Selain kediaman mewah, Adam turut memuat naik gambar sebuah motosikal berkuasa tinggi KTM 200 Duke dan kereta jenis Mercedes-Benz CLA250, Mercedes-Benz CLS, BMW Z4, Mini Cooper dan Range Rover Evoque.

BACA INI: Lagi Kekayaan Adam Didedah, Miliki 2 Rumah RM2.8 Juta

Namun, semuanya kini sudah tinggal kenangan apabila segala aset itu gagal dilihat umum kerana sudah dipadam dan tiada lagi ‘kemewahan’ yang dapat disaksikan menerusi akaun Twitter dan Instagram milik Adam.

Akuan Instagram pun kini dah private, yakni kena tapis dan dapat kebenaran jutawan muda ini baru boleh tengok apa-apa yang ‘sesuai dipertontonkan’.

Jika sebelum ini, beliau ‘rancak’ berkongsi kemewahannya di laman sosial tetapi pendedahan oleh pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos yang membongkar banglo ala Disneyland dipercayai bernilai RM7 juta milik jutawan muda itu pada Isnin lalu benar-benar memberikan impak kepadanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori