• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Sebab PKR Tak Dijemput Ke Kongres Maruah Melayu

oleh
04/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya parti Melayu dijemput! 

Demikian penegasan Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah Melayu, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling mengenai parti politik yang dijemput ke kongres yang dianjurkan oleh empat universiti tempatan, Ahad ini sekali gus menjawab tanda tanya kenapa PKR tidak diundang. 

Beliau berkata, PKR bukan parti berteraskan orang Melayu malah ahlinya terdiri daripada pelbagai bangsa. 

“Kita tidak jemput parti bukan Melayu, sebab PKR itu bercampur-campur (ahlinya) jadi tidak boleh jemput. Tapi orang Melayu kita jemput. 

“Parti-parti politik seperti UMNO, PAS, Bersatu, Putra semua dijemput. Pertama, parti itu diasaskan oleh Melayu dan kedua, orang Melayu dalam parti lain jadi setakat itu (dijemput) termasuk pertubuhan-pertubuhan Melayu,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini. 

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan parti itu masih belum menerima sebarang jemputan ke Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan di Stadium Malawati, Ahad ini.

Dalam pada itu, Zainal yang merupakan Penyandang Kerusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan kehadiran seramai 20,000 orang ke kongres bermatlamatkan perpaduan supaya rakyat berbilang kaum dapat hidup bersama sebagai warganegara Malaysia berdasarkan Perlembagaan dan bukannya takrifan politik.


“Kita hendak ajak semua parti dan orang Melayu hadir bersama atas platform neutral. Kita tidak meletakkan sebarang ideologi politik di sini tetapi kesatuan Melayu untuk berbincang nasib maruah Melayu. 

“Kerana itu kita lakukan secara rasional oleh pihak universiti dan kita tujukan kepada pemimpin utama negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pada kedudukan itu beliau boleh melakukan sesuatu bagi menyampaikan segala resolusi,” jelasnya. 

Sementara itu, Zainal menolak tuduhan parti Gerakan yang menyifatkan penganjuran kongres itu sebagai tidak sihat kerana negara terdiri daripada berbilang kaum, agama serta budaya. 

“Kita tidak pernah mendiskriminasi mana-mana rakyat, tetapi kita menekankan supaya rakyat Malaysia mesti berpegang teguh kepada Perlembagaan. Tanggapan kita banyak orang bukan Melayu memilih menjadi warga Malaysia tetapi menolak bahagian-bahagian yang terkandung dalam Perlembagaan tersebut. 

“Sepatutnya mereka berbangga sebab majoriti rakyat negara ini menerima semua bangsa, jadi mereka patut berterima kasih kepada kita kerana masih berpegang kepada keadaan sekarang yang membenarkan menjadi rakyat dengan syarat berpegang pada kerakyatan dan menerima seluruh kandungan Perlembagaan. 

“Jadi, kalau nak tolak Islam, Bahasa Melayu, Raja-raja tak boleh sebab Perlembagaan itu asasnya tidak boleh menolak sebarang syarat yang terkandung di dalamnya,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: kongres maruah melayuMelayuPKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suami Isteri Maut Kemalangan, 7 Anak Yatim Piatu

Next Post

Pupuk Perpaduan Melalui Program Agama, Masyarakat Di Masjid – Agong

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Pupuk Perpaduan Melalui Program Agama, Masyarakat Di Masjid - Agong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd