• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Bank Sekongkol Syarikat Pajak Kereta – PPIM

oleh
11/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan bank tidak menguatkuasakan langkah penarikan kereta dan terbabit dalam manipulasi skim pajakan kereta dipersoalkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Ketika mendedahkan perkara itu, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi mendakwa, ia berlaku meskipun bayaran ansuran bulanan kenderaan tersebut sudah lama tertunggak sehingga tujuh bulan.

Ujar beliau, perkara tersebut amat luar biasa kerana mengikut kelaziman apabila ansuran kereta sudah tertunggak lebih tiga bulan, pihak bank telah memulakan usaha untuk menarik kereta berkenaan daripada pelanggan.

“Saya tidak faham mengapa bank yang ada kuasa untuk mengarahkan ejen penarik kereta tetapi gagal ambil kereta daripada syarikat ini walhal jika mengikut perjanjian sewa beli kenderaan ini masih lagi di bawah bank,” katanya.

Dalam satu sidang media di sini, beliau berkata, perkara sebegini tidak harus berlaku. Justeru PPIM melihat mereka (syarikat skim pajakan kereta) dilindungi ejen penarik kereta, dan lesen mereka seharusnya ditarik pihak berkuasa.

“Tetapi syukur dengan bantuan daripada pihak polis, sokongan media dan aktivis kita berjaya mengambil balik 56 buah kereta bersama kunci manga yang merupakan pemilik kenderaan itu,” kata Muhammad Yusuf.

Usaha membantu mangsa skim pajakan kereta itu turut memaksa beliau bersama ahli PPIM terpaksa mengambil masa hampir 25 jam mengeluarkan semua kenderaan milik mangsa di sebuah premis perniagaan di Kajang.

Mengulas lanjut, Muhammad Yusuf berkata, syarikat tersebut masih lagi menyimpan kira-kira 1,444 buah kereta yang masih belum dapat dipastikan di manakah lokasi kenderaan itu disembunyikan.

Tambah beliau, usaha pada Isnin berhasil apabila sebanyak 54 buah kereta berjaya dipindahkan dari premis tersebut ke kawasan perumahan berhampiran sebelum dituntut oleh pemilik kereta masing-masing.

Beliau menambah, PPIM telah membuat laporan di sebuah balai polis berhubung insiden di gudang berkenaan, awal pagi Selasa dan menggesa polis memandang serius isu itu demi mengelak insien tidak diingini berlaku.

“Jika kita tidak pergi, kemungkinan besar boleh berlaku pergaduhan dan bawa perbalahan perkauman kerana kes melibatkan dua bangsa, Melayu dan India walhal kita hidup dalam berbilang bangsa serta bersatu padu.

“Kertas siasatan juga harus dibuka kerana laporan polis sudah dibuat sebanyak tiga kali. Persatuan tiada sebarang kuasa tetapi sudah jadi tanggungjawab kita mengembalikan hak dan maruah pengguna dengan bijaksana,” tegasnya.

Turut hadir ialah Presiden Federation of Motor & Credit Company Association of Malaysia (FMC), Khoo Kah Jin yang mendakwa telah menerima banyak kes penipuan pembelian kenderaan melalui portal atas talian tempatan.

Beliau turut menegaskan bahawa kes sambung bayar tidak seharusnya berlaku kerana ia adalah jelas menyalahi undang-undang serta perjanjian yang dibuat antara pembeli dan penjual juga tidak sah kontrak tersebut.

“Don’t be fool by cheap car and don’t ever pay the money to the salesman without see the car in front your eyes. Pengguna harus berjaga-jaga supaya jangan mudah kena ditipu dan jangan bayar terus melalui online.

“Pastikan showroom kenderaan tersebut di mana dan jika membayar pastikan dapat resit pembayaran serta IC dealer,” ujar Timbalan Presiden FMC, Dave Lim Keat Hin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PPIM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Masuk Akal Caj RM1,000 Untuk Ujian Covid-19

27/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan, terdapat segelintir pusat perubatan dan klinik swasta mengenakan caj tinggi bagi...

Ini Arak, Bukan Jus Epal Biasa!

25/10/2020
0

Poster PPIM menyebut Apple Fox adalah arak jenis cider yang mempunyai pembukusan seperti air jus biasa.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd