Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Akibat Cemburu, Mak Cik...

KINABATANGAN - Seorang wanita telah dikelar oleh ibu saudaranya sendiri dalam sebuah kejadian yang berlaku di...

Tempoh Giliran Tunai Haji...

KUALA LUMPUR - Tempoh menunggu menunaikan haji bagi rakyat Malaysia dikurangkan selama 13...

Sultan Johor Puas Hati...

KOTA TINGGI - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berpuas hati dengan...

Demonstrasi Ramasamy Di Perkarangan...

GEORGE TOWN - Dua kumpulan yang mengadakan demonstrasi menyokong dan membantah Timbalan Ketua...

‘Abang Is’ Didenda RM16K Simpan 269 Pasport Warga Asing

SEPANG – Seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Abang Is dalam kalangan pekerja warga asing dijatuhi hukuman denda RM16,000 atau 10 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Sepang kerana menyimpan 269 pasport milik warga pelbagai negara tanpa kebenaran yang sah.

Hakim Saifulakmal Mod Said menjatuhkan hukuman tersebut selepas P. Munisvaran, 35, yang tenang dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding berlangsung mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya di bawah Seksyen 12 (1)(f) Akta Pasport 1966.

Dia dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau lima bulan penjara bagi setiap satu pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, Munisvaran mengaku bersalah bahawa 231 pasport warga asing berada dalam milikannya tanpa kebenaran yang sah di sebuah premis tidak bernama di Bandar Puteri Bangi pada kira-kira 10.45 pagi 13 Ogos lepas.

Dia turut mengaku bersalah kepada pertuduhan kedua iaitu sejumlah 38 pasport warganegara asing berada dalam milikannya tanpa kebenaran yang sah di dalam bonet sebuah kereta yang diletakkan di sebuah rumah di Nilai pada kira-kira 7 malam hari yang sama.

Seksyen 12 (1) (f) merujuk kepada kesalahan pasport yang ada dalam milikan ialah selain dari pasport untuk diri sendiri yang membawa hukuman maksima denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali.


Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa Jabatan Imigresen Selangor Dayana Md Said sementara Munisvaran diwakili peguam Harpal Singh.

Saifulakmal turut memerintahkan pasport milik warga asing pelbagai negara yang dirampas Jabatan Imigresen dikembalikan kepada pejabat kedutaan masing-masing.

Harpal dalam rayuannya meminta supaya anak guamnya dikenakan hukuman minimum kerana perlu menanggung ibu dan seorang adik perempuan yang juga merupakan ibu tunggal. – BERNAMA

Kategori