• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Stesen Utama Di PPV – Dr Adham

oleh
23/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula esok, dibahagikan kepada lapan kategori.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata setiap PPV diberikan kategori antara satu hingga lapan, berdasarkan bilangan anggota dan keluasan sesuatu tempat.

Beliau berkata, proses kerja pemberian vaksin COVID-19 di setiap PPV pula akan membabitkan lima stesen utama.

“Stesen Satu ialah saringan gejala dan suhu, diikuti pendaftaran (Stesen Dua), kaunseling dan persetujuan imunisasi (Stesen Tiga), suntikan vaksin COVID-19 (Stesen Empat) dan pemerhatian (Stesen Lima).

“Di stesen terakhir, penerima akan diminta untuk berada dalam ruang pemerhatian bagi tempoh antara 15 hingga 30 minit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selepas lebih setahun ‘bertarung’ dengan COVID-19, Malaysia pada Ahad lalu menerima bekalan pertama vaksin Pfizer-BioNTech sebanyak 312,390 dos yang diterbangkan dari kilang Pfizer di Belgium.

Susulan kejayaan itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, dilaporkan berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijadualkan sepatutnya berlangsung pada Jumaat ini, diawalkan ke esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menjadi penerima pertama vaksin akan mengambil suntikan itu di Klinik Kesihatan Putrajaya, disusuli Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berbaki sehari sebelum pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Dr Adham berkata, pihaknya menjalankan simulasi bagi menguji persediaan dan proses kerja pemberian vaksin, mengikut tatacara diperuntukkan dalam garis panduan.

Beliau berkata, simulasi itu sangat penting bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin COVID-19 di lapangan, terutama apabila ia dilakukan pada skala besar menjelang fasa kedua dan ketiga kelak.

“Simulasi dilaksanakan hari ini menggunakan contoh PPV Kategori Satu terdiri daripada 10 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan 10 petugas bukan KKM.

“Dengan kejayaan simulasi itu, KKM bersedia untuk melaksanakan pemberian suntikan vaksin COVID-19 yang akan dilancarkan esok.

“KKM berharap masyarakat di seluruh negara yang layak mengambil vaksin, sama-sama menjalankan tanggungjawab memastikan sasaran liputan antara 70 hingga 80 peratus dapat dicapai bagi mewujudkan imuniti kelompok.

“Apabila sebahagian besar masyarakat diberi vaksinasi, penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti dapat dicegah dan seterusnya mengekang pandemik itu.

“Kementerian amat berharap program pemberian vaksin COVID-19 mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia. Pengambilan vaksin ialah langkah pencegahan untuk kita melindungi diri dan orang di sekeliling,” katanya.

Menerusi pelbagai langkah pencegahan dan kawalan kesihatan awam yang terus dipertingkatkan, Dr Adham berkeyakinan ia bakal menamatkan pandemik COVID-19. – BH Online

Tags: Dr Adham BabaImunisasivaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Perak Berangkat Ke PPV Stadium Indera Mulia

Next Post

Jambatan Pulau Pinang Masih Kukuh, Selamat Digunakan

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

Jambatan Pulau Pinang Masih Kukuh, Selamat Digunakan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd