• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lagi Individu Positif COVID-19

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lima lagi individu dilaporkan positif COVID-19, yang juga kontak rapat kepada kes ke-26.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata seramai 26 individu kontak rapat kes ke-26 disahkan positif COVID-19 setakat ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kepada 55 kes sehingga 12 tengah hari ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 22 orang sudah sembuh dan dibenarkan pulang. Semua kes baharu ini berhubung kait dengan satu kluster COVID-19 yang dikenal pasti sebelum ini iaitu individu dari kes ke-26.

“Siasatan dan pengesanan kontak bagi kluster itu masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Penyakit Coronavirus (COVID-19) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Dr. Noor Hisham berkata, individu yang dilaporkan positif COVID-19 adalah generasi kedua bagi kes ke-26.

“Dari lima yang dilaporkan, tiga daripadanya ialah generasi kedua terdiri daripada ahli keluarga dan kakitangan kepada kes generasi pertama.

“Generasi pertama ialah individu yang dijangkiti oleh kes ke -26, manakala generasi kedua pula ialah keluarga atau kakitangan bagi generasi pertama yang tidak berhubung terus dengan kes-26 itu,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berharap masyarakat tidak menularkan sebarang maklumat yang tidak sahih kerana ia akan mencetuskan kebimbangan kepada orang awam.

“Orang ramai boleh rujuk kepada laman rasmi kementerian bagi mengetahui maklumat terkini mengenai COVID-19.

“Buat masa ini, kami tidak berhasrat untuk mengambil tindakan selanjutnya kepada mereka yang menyebarkan berita palsu.

“Namun kami berharap masyarakat lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang info yang tidak disahkan oleh pihak kementerian,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19KKMkoronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

56 Kes Berkaitan Cuaca Panas, Dua Kematian Akibat Strok Haba – KKM

56 Kes Berkaitan Cuaca Panas, Dua Kematian Akibat Strok Haba – KKM

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan nasihat kepada orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan berikutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd