• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 Saksi Lagi Beri Keterangan Prosiding SRC International

oleh
17/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 40 lagi saksi ‘berpotensi’ akan dipanggil memberi keterangan dalam prosiding penyewelengan dana sebanyak RM42 juta SRC International melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Begitu jawapan Timbalan Pendawa Raya, Datuk V. Sithambaram ketika Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali bertanya tentang perjalanan perbicaraan tersebut hari ini.

Kata Sithambaram lagi, setakat ini sudah 30 peratus selesai proses prosiding yang sudah masuk hari ke-18 pada 15 Mei lepas dengan keterangan daripada 37 saksi.

“Sudah berapa hari secara jumlahnya? Ada sesiapa yang mengikutinya perjalanan prosiding?” soal Hakim Mohd Nazlan.

Sithambaram kemudian menjawab jumlah bilangan atau hari sebenarnya tidak penting tetapi berapa lama masa akan diambil oleh saksi.

“Berapa lagi saksi? Ada sebarang jangkaan?” soalnya.

“Kira-kira 30 peratus daripada proses perbicaraan telah selesai, ada lebih 40 lagi saksi pendakwaan,” katanya.

Hakim Mohd Nazlan kemudian menetapkan penghujung Mei sehingga pertengahan Ogos sebagai tarikh prosiding SRC International ini.

Beliau menetapkan 39 hari untuk perbicaraan itu mulai 28 Mei hingga 29 Mei, 10 hingga 14 Jun, 17 hingga 21 Jun, 1 hingga 3 Julai dan 8 hingga 15 Ogos.

“Tarikh 14 Mei dan 21 Jun jatuh pada hari Jumaat, oleh itu perbicaraan akan hanya diadakan separuh hari, manakala dari 8 Julai hingga 15 Ogos, tiada prosiding pada setiap hari Jumaat,“ kata Hakim Mohd Nazlan.

Tarikh-tarikh ini dituntut oleh pihak pendakwaan bagi menggantikan tarikh gentian yang tertunda sebelum iaitu dua hari Jumaat.

Ketua pasukan peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah walaupun menegaskan ada perkara pada dua hari gantian Jumaat itu.

“Saya perlu menyusun jadual saya tetapi tidak apa,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjawat Awam Pahang Terima Duit Raya RM600

Next Post

Agong Rasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

Next Post

Agong Rasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd